Friday, May 26, 2006

Happy Anniversary- 4th

Sedar tak sedar usia perkahwinan kami dah menjangkau 4 tahun. Anak pun dah 2 (Muhammad Emir Luqman, 3 tahun & Muhammad Luthfil Hadi, 5 bulan) Orang kata usia 4 tahun masih mentah..ibarat setahun jagung. Masih banyak perjalanan yang perlu kami lalui dan tempuhi. Semoga usia perkahwinan kami terus berkekalan dan berbahagia sehingga ke akhir hayat. Amiin..

Kalau ikut kalendar omputeh, ulangtahun perkahwinan kami jatuh pada hari ni, 26 Mei. Kalau ikut kalendar Islam, ulangtahun kami pada 13 Rabiulawal. Kalau ikut tarikh satu lagi..ulangtahun perkahwinan kami jatuh pada hari Wesak!So, bila tiba tarikh2 tu, aku selalu cakapkan pada hubby ku..'Bang, kalau ikut tarikh ni..hari ni ulangtahun perkahwinan kita..bla..bla..bla...) Tapi dia tak suka bila aku kaitkan tarikh kami kawen tu dengan Hari Wesak!

Aku ingat lagi time kami kawen tu adalah musim paling ramai orang kawen. Boleh dikatakan kat mana2 je ada jemputan orang kawen. Ada tu sampai 3,4 jemputan. Pendek kata tak yah masak la..tapi terkopak jugak la ongkosnya. Kalau seploh ringgit satu kenduri, 3,4 kenduri maunya 30, 40 hinggit. Itu baru sorang, kalau laki bini hulur...mmm..Ada yang pegi jumpa tuan rumah je tunjuk muka.Dah tak sanggup makan..badan pun dah bau daging.

Kebetulan masa aku kawen tu, umah kawan baik mak aku pun buat kenduri kawen anak dia gak. Terpaksa buat tarikh yang sama sebab masing2 dapat orang jauh. Hubby aku orang Klang, kalau tak silap menantunya orang Selangor gak..aku tak ingat. Nak dijadikan citer, ada jemputan yang tersilap tempat kenduri. Nak pegi umah aku, tapi tersalah p umah kawan mak aku tu..dah habis makan baru perasan yang silap umah..itupun masa nak bersalam ngan tuan rumah baru perasan salah orang. Tuan umah pun pelik tengok..'rasa2 aku tak jemput orang nih dtg umah aku'...

Mengimbas kembali detik2 pertemuan aku ngan hubby...long2 story la nak citer. Nanti la lepas nih kalau aku rajin, aku tulis. Banyak dugaan dan ujian sebelum kami dapat bersama. Tapi alhamdulillah..kata orang..kalau dah jodoh tak ke mana. Kepada hubbyku..'sayang harap kita dapat hidup bahagia selalu..dan bersama2 menempuhi segalanya bersama'...sama2 kita menjaga rumahtangga dan anak2... demi cinta kita..I love you so much!!!

No comments: