Sunday, June 04, 2006

Jalan-jalan ke Putrajaya

Pada hari Khamis lepas, ma aku dr kampung datang sini jenjalan sambil hantar anak buah (Haqim) yg pulang bercuti ke kampung. Dia datang bersama dengan adik aku Ery dan anak Kak Ros, Fatin. So, pd Khamis mlm tu aku tido kat Shah Alam..berkampung kat situ. Jumaat malam kami decide nak bawak depa p jalan2 amik angin kat Putrajaya. Aku rasa ini kali yang ketiga aku p putrajaya kat area dataran waktu malam..malam tu sambil tunggu depa, kami pusing2 kat area tu. Aku tak penah lagi pegi jauh daripada dataran tu. Malam tu hubby bwk kami naik jambatan dan melihat kompleks2 kerajaan. cantik gak pemandangan waktu malam..dan seperti biasa..malang sungguh..aku hanya sempat snap beberapa keping gambar je buat tatapan..sebab bateri kamera ku tinggal nyawa2 ikannn..huhuhu...tension makcik!!!!

someday..aku nak ajak hubby pegi lagi...bwk sengkenit 2 orang nih..malam tu baby bad mood sket..dia ngamuk nak tido. Luqman pulak nangis2 tak nak balik. Malam tu jugak kami sempat tengok couple2 yg kena angkut dengan orang jabatan agama..perggghh...dan kol 11.30 mlm..wisel pun bunyik..soh pengunjung2 beredar pulang..

No comments: