Tuesday, August 01, 2006

Kucing

N3 kali ni aku nak cerita pasal kucing. Kat rumah aku tak bela kucing memandangkan keadaan rumah kami yang takde laman. Lagipun ada anak kecik ni lecehlah nak jaga. Walaupun masa kecik2 dulu aku suka sangat dengan kucing.

Semalam hujan lebat dan ribut kuat. Waktu hubby nak ke taska hantar barang luqman yang tertinggal, dia terdengar bunyi kucing mengiau dalam Rangernya. Dia tercari2 dari mana datangnya bunyi tu..tapi tak jumpa..agaknya dia mimpi kot.

Waktu lunch dia jemput aku kat opis. Kami nak ke Nilai 3 untuk cari barang sket. On the way tu..bunyi mengiau kucing tu kedengaran lagi. Aku dengar jugak..rasa dekat je dengan tempat duduk sebelah driver tu. Aku melilau2 kot dia ada dalam dashboard ke..kat bwh tempat duduk ke..tapi tak jumpa. Masa tu kami dah sampai ke Tmn Smrk dekat BCB. Kami dua2 turun tengok kat bawah ranger pulak kot2 ada kat tayar ke apa tapi tetap tak jumpa. Bunyi mengiau makin lama makin kuat dan rancak. Hubby decide bukak bonet..tinjau punya tinjau dah sah memang kucing tu ada kat dalam bonet depan bawah bateri. Camner dia boleh terselit sampai ke situ. Aku rasa dia dah kepanasan.

So, hubby decide cari workshop untuk bukak bateri keta. Mula2 bukak tong air, pastu bukak bateri..kucing tu masih tak leh kuar. Malah dia tak nak keluar..takut agaknya. Garang pulak tuh..siap nak cakar dan gigit pomen tuh. Dekat 15 minit gak la proses pujuk memujuk kucing tu kuar..last2 hubby pakai glove..pomen tu tolak ngan kayu dari belakang..pegang kepala dia..then tarik keluar. Rupanya kecik aje kucing tu..warna kelabu dan comel sangat. Bila dah kuar, dia terus lari menyorok, Trauma agaknya. Aku ajak dia nak dok kat belakang..dia buat dono je..mengiau2 carik ibunya..kesian gak. Oleh kerana kami dah lambat nak ke Nilai 3, kami tawakkal je la tinggal dia kat situ.

Harap2 dia boleh survive jaga diri. Kat kiri dan kanan wokshop tu adalah kedai makan..mintak2 murah rezeki dia dapat makan free.

No comments: