Thursday, December 14, 2006

Eragon besttttt!!!!

Hari ni aku tak masuk keja, aku EL sebab kepalaku ding dong tak cukup tido. Kenapa aku tak cukup tido? Sebab aku lambat tido..kenapa lambat tido? Sebab aku tak boleh tido..kenapa tak leh tido? Sebab..aku sakit hati wooo...termasuk ler sebab aku dah 2,3 hari ni asyik kena hujan je..nak jadik penyebab orang kata.

Aku ingat nak rehat2 je kat umah, tapi boring pulak dok sorang2..so aku mintak hubby temankan aku. Mulanya hantar Luqman sorang je ke Taska, pastu macam2 planning datang kat kepala. Kalau dok lepak kat rumah je, rugi cuti. So, dalam kol 12 aku bersiap2 then hantar Luthfil ke Taska. Kami menuju ke Seremban kat Plaza Ampangan. Aku nak potong & cuci rambut. Dah lama nak potong, tapi takde masa. Aku memang tak boleh berambut panjang, selain daripada rambut banyak gugur, aku rimas dan mudah dapat sakit kepala. Sebabnya, pagi2 mandi basahkan rambut, pastu sehari suntuk dalam tudung. Sampai kat Plaza Ampangan, Salon Kak Amy, dia pulak takde. AKu suka potong dan cuci rambut kat sini sebab servis dia okey..siap picit2 dan urut kepala lagi. Lega dan ringan rasanya. Sekarang rambut aku dah kontot. Aku potong rambut ni ibarat aku nak buang 'sakit kepala' aku yang menyerang aku semalam. Biar kubuang jauh2 apa yang menyakitkan aku Cuma aku tak boleh buang hati aku je..Kalau aku buang, aku pulak yang mati woo...

Lepas potong rambut dan solat zohor, aku ajak hubby nak tengok wayang. Kiranya hari ni aku nak hepi la bersama orang tersayang. Kami tak penah tengok wayang kat Seremban, so tak tahu kat mana ada pawagam..punya la jakun. Seingat aku semalam, student aku bagitau dia tengok wayang kat Terminal 1. .tapi masa kami lalu kat depan stesyen bas, takde pulak nampak sebarang tanda2 terdapat pawagan kat area situ. So hubby drive ke Seremban 2. Punyala buang masa..then pusing balik ke terminal 1. Rupanya kat sebelah bangunan satu lagi.

Sampai di terminal 1, dah pukul 3, makan pun belum,perut dah berkeroncong. Kami terus ke GSC kat tingkat atas. Hahaha..macam biasa..dah sampai depan kaunter pun tak decide lagi nak tengok citer aper. Aku teringin nak tengok CINTA, tapi waktu tanyangan jam 6.20pm..cancel!!! Then hubby ajak tengok CicakMan, aku tak nak. Aku rasa kot tak berbaloi bayar tiket RM16(2 orang) tengok citer macam tu. Alang2 tengok movie, biar yang best sket. Kebetulan hari ni hari pertama filem 'Oregon' ditayangkan. Hubby tanya aku..macammana..nak tak? Aku okey je...tapi aku warning kalau tak best..dia kena belanja aku tengok CINTA! Tayangan pukul 4.25pm, so masa banyak lagi, kami turun bawah pegi cari kedai makan. Teringin lak nak makan pizza. Kat Terminal 1 takde Pizza Hut, yang ada cuma Shakey's Pizza. Ya allh..sikit punya lembab service kat situ. Nampak pekerja ramai, tapi dekat setengah jam tunggu makanan baru sampai. Itu pun satu2 sampai..hangin je aku..

Pukul 4.25pm tayangan bermula. Bagi aku, citer ni best, menarik dan okey la pada sesape yang berminat dengan citer2 action. Dengan pemandangan gunung ganang, hutan belantara yang cantik...Terasa kita yang turut bersama terbang menaiki burung naga

Starring :Jeremy Irons, John Malkovich, Garrett Hedlund, and Sienna Guillory. Based on the book by Christopher Paolini..

Filem ini mengenai kisah seorang anak muda (Eragon) yang tinggal di sebuah ladang bersama sepupu dan pakciknya, dengan tidak sengaja menemui sebiji 'batu' ketika keluar berburu. Dia kemudian membawa 'batu' itu pulang ke rumah. Suatu hari 'batu' itu bergerak..dan keluarlah seekor anak naga yang comel..

Eragon rupanya dipilih menjadi penunggang naga tersebut (naga betina) untuk menyertai kumpulan pemberontak bagi menetang raja yang zalim (apa nama ntah..aku tak ingat). Yang seterusnya..korang tengok ler sendirik..aku bukan reti nak citer..tapi citer tu best ler..ada part2 sedih yang membuat mataku berkaca2..sedih! Suara naga tu soft sangat..keibuan gitew! Dan ada gak part2 yang lawak...contohnya Eragon selalu terkena dengan Broom yang memerlinya dengan berkata.."Engkau mempunyai satu bahagian keberanian, 3 bahagian lagi adalah kebodohan"..

Keluar dari pawagam, aku hepi je..puas hati tengok citer tu. Hilang sikit sakit hati dan sakit kepala. Cuma yang tak syok kat pawagam tu adalah susun atur kerusi yang mana menghalang pemandangan orang belakang. Jadi selain dari dapat melihat citer Eragon, aku juga dapat melihat beberapa biji kepala yang terjongol kat skrin depan tuh!!!


3 comments:

Idham said...

WanShila...

salam...:)

TQ for kunjungan sulung ke blog abg id....nice knowing u!

Eragon! yes..that is my next movie to watch after Holidays and Casino Royale....especially after reading your entry ni..

best wishes to u, ur lovely son and hubby.

abg id.

WanShila said...

Abg id,

TQ kerana sudi melawat rumah saya yang tak seberapa ni. Jangan lupa tengok Eragon..Tengok, jangan tak tengok...selamat menonton!

WRA said...

Lawatan balas jugak ni...tengok wayang susah betul nak buat sekarang...paling2 beli CD ajer...maybe Eragon ni buleh dicari nanti :D