Tuesday, December 12, 2006

Lain yang dirancang...lain yang dapat!

Sudah agak lama aku tidak menonton wayang dengan hubby. Pertama kali aku masuk pawagam tahun 2004 kalau tak silap. Masa tu hubby ajak aku tengok citer Kungfu Hustle arahan dan lakonan Stephen Chow. Feveret actor dia la tuh. Aku dulu tak minat mamat nih sebab bagi aku lawak dia melampau2 tak logiknyer. Tapi kalau dah selalu tengok (hubby ada koleksi citer dia) lama2 aku pulak jadi minat. Kami tinggalkan Luqman dengan MIL kat Klang. Aku yang first time masuk pawagam masa tu, rasa macam jakun je..hehehe..mana taknyer, time bercinta tak penah pegi tengok wayang.

Kali kedua hubby ajak pegi tengok citer Star Wars: Episod 3. Masa tu aku tengah pregnant Luthfil...5,6 bulan kot.Mulanya aku agak takut nak tengok citer tuh. Yelah, ntah apa2 watak dengan muka yang tak siap. Aku teringat pesan orang tua2, kang keluar muka buruk aku lak yang terkejut..tak pasal2 kena badi kat baby aku. So, part2 yang aku rasa macam kureng sesueei je, aku palingkan muka ke arah lain..atau aku buat2 selamba je. Hubby toksah cakap la..mata dia tak lepas tengok kat skrin.Alhamdulillah, sib baik muka anak aku elok je. Cuma dia suka buat muka lawak dia dengan gayanyer tersendiri buat kami sakit perut ketawa.

Last week kunun2nyer nak berdating le ngan hubby tengok citer yang tengah banyak ditayangkan kat pawagam. James Bond, CINTA, Happy Feet, Dejavu, Posessed, Last Call, Nana Tanjung, dan banyak lagi lah..aku tak hafal pulak. Kebetulan pulak hari Rabu tuh, hubby merajuk dengan aku(aissyeh...aku bukan reti nak pujuk puunnnn!!!). So, aku dengan ayunyer tepon dier ajak tengok wayang. Planning nak kuar pagi..aku ada hal pulak. So pukul 2pm aku baru kuar naik komuter ke MidValley,dia tunggu aku kat Serdang.

Sampai je MV, kami isi perut dulu kat Food Court. Mana tau tengah asyik menonton perut berbunyi, ilang consentrasi. So, aku pilih makan laksa Penang sementara hubby makan mee kari. Tak beshh langsung!!! Aku makan pun amik syarat je sebab perut tengah lapar giler..lain kali idok le aku beli kat kedai tu lagi, kiranya tu pertama dan terakhir ler..reganyer pun boleh tahan, standard la tempat macam tuh.

Abis makan, kami meluru ke pawagam. Ingatkan takde orang, sengaja aku pegi hari orang keja, rupanya orang lain pun tak keja jugak pada hari keja. Silap besar laaa..baru aku ingat budak2 sekolah ngan budak2 U tengah cuti. Tengok Q pun dah macam ular kena palu. Macammana nih..tu belum decide lagi nak tengok citer aper..1st priority nak tengok James Bond..dah full. Next session kol 6pm..giloosss..takkan nak maghrib kat dalam tuh..paling kurang pun kol 8pm baru abis.2nd, Happy Feet (aku yang beria nak tengok!!) pun abis..nak tengok CINTA...pun abis. Aku dengan nada bergurau cakap kat hubby, kita tengok Nana Tanjung aje la..Huh!! kena rejek ngan hubby. Dia memang anti citer Melayu yang lawak tak berapa menjadi tuh. Dok decide nak tengok citer apa pun dah dekat setengah jam. Alang2 dah sampai MV, kita tengok je lah citer apa bang..aku memujuk., tapi tidak ler sampai nak tengok ntah aper2 citer..Ntah aper2 citer pun sold out jugak!Alamatnyer kami terpaksa melupakan hasrat nak menonton wayang. . Tak pe lah..janji kami dapat berdua-duaan ..Ahaks.. Siap planning nak pegi minggu ni pulak, bukan lagi ke MV tapi ke Mines!!

Rancangan nak tengok wayang tak jadik, kami pegi jalan2 merayau window shopping kat JJ. Mulanya tak nak beli apa2...konon je la, last2 kopak gak la seratus lebih. Beli tuala, buku luqman, crayon, dan aku sendiri dapat satu benda yang dah lama aku nak..hehehe..CD Uji Rashid!! Best lagu2 lama dier. Bagi aku suara dia unik yang mana takde lagi penyanyi yang macam suara dia.

Mmmm..lain yang dirancang, lain yang jadi!!!

No comments: