Monday, April 30, 2007

Angin sejuk

Sudah agak lama aku tidak mengupdate blog nih..Dah naik bersawang nampaknya. Kalau spider nak buat sarang pun dah boleh kot..Hehehe..Sekarang aku dah MERDEKA!!! Last paper pada 27hb lepas. Tak tahu la nak kata macammana..Tunggu je lah result kuar nanti. Malas aku nak pikir sekarang..Yang penting aku nak enjoy sepuas2nyer..bak kata PUTRI..kita ENJOYYYY!!!!

Sejak aku sambung belajar...kelas 3 kali seminggu buatkan aku jarang masak. Takkan balik kol 11malam nak masak lagi..huhu..makan sahur ke..selalunya bila dah sampai umah aku takde pikir lain..nak tidoq la. Kadang aku yang tertido dulu sebelum budak2 tu tido. Diorang sampai umah je nak main2..kesian kat diorang. Apa boleh buat, esok pagi nak keja pulak.

Jadi, sekarang aku kembali dengan kerja rutin aku..masak..masak. Kalau boleh aku nak masak hari2. Hubby tak berapa suka makan kat kedai. Selain daripada kurang baik untuk kesihatan, ianya juga kurang baik untuk poket..huhu..mahal wooo.. So, jimat lagi makan kat umah. Tapi kalau dah terpaksa tu, bedal jugak.

Semalam aku masak sup sayur. Biasanya kalau masak sup sayur campur, aku letak sawi, kubis, carrot, putik jagung, cili merah, lada hitam, cendawan dan ayam @ daging. Tapi semalam aku cuma letak sawi, carrot, cili, ayam dan daging sahaja. Maklumlah si kecik tu nak tumpang semangkuk. Kang kalau letak kubis, tak berapa elok untuk otak budak2..Lagipun pesakit kencing manis jugak tak digalakkan makan kubis. Aku yang memang hantu sayur, sedap je belasah sayur tu...boleh tahan la..tapi takde la sampai semangkuk, sambil2 dok melayan si kecik tuh makan.

Petangnya pulak masa minum petang, aku buat teh O..2 gelas aku minum. Bila malam je aku dah rasa lain macam. Mula2 rasa lenguh2 kat belikat. aku buat tak tahu je..ingatkan perut masuk angin ke..Tapi tangan ligat dok lipat kain yang dah macam gunung tuh. Masuk je pukul 10 malam, aku dah rasa lain macam. Perut kat bahagian rusuk kanan makin mengeras dan sakit bila ditekan. Sah..aku kena angin sejuk lagik. Sakitnya tuhan aje yang tahu. Baru aku ingat, mungkin sebab aku makan sawi. Letak minyak panas pun tak jalan, hubby picit pun tak jalan..tapi lega la. Aku dah bergulung2 dok menahan sakit. Nasib baik si kecik L&L tu dah tido awal. Then aku baru teringat nape aku tak cuba bertungku je. Puas aku cari mana letaknyer tak juga jumpa2..last sekali aku panaskan ion. Agak2 panas sket, aku letak atas perut, mintak hubby gosokkan kat belakang. Jangan salah paham plak..lapik la ngan selimut tebal sket sebelum meng'ion' badan tuh. Kang tak pasal2 lekat bentuk ion kat perut, belakang seolah2 macam kena dera macam Nirmala tuh..huhu.

At last aku tertido dalam keadaan sakit.. tapi bila bangun pagi nih, aku dah tak sakit lagi.

Friday, April 06, 2007

Tension

Hari ni aku makin tension...makin tension bila dateline makin dekat.tapi keja tak jugak berganjak..dok macam tu je. Risau tu memang risau tapi keja tak jalan jugak. Makin dekat dateline, makin aku gelabah, tapi proposal dok 3 mukasurat je..huhuhu..sape bleh tolong?..aku tau ramai yang bleh tengok je. Jeles aku tengok orang yang releks je.

Kalau aku boring2 tatau nak wat ape..atau takde idea, aku pasang lagu kuat2. Sib baik ada orang baik hati send kat aku lagu yang best2. Bolel la aku feel sket layan kepala aku yang tak betul nih. Adehhh..apa yan aku melalut nih. Macam ni la aku bila dah tak betul.

Kenangan Terindah - Samson

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang t'lah hilang
Darimu yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun aku mampu
Untuk mengenangmu

Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati

Chorus :

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau
Kenangan yang terindah dalam hidupku

Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang t'lah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah