Wednesday, July 09, 2008

War of Roses

Masa zaman muda2 dulu, aku suka melayan cerita2 Korea, cerita Mandarin, Jepun dan Filipina..(citer Melayu susah nak sangkut kecuali yang betul2 best!). Tapi sekarang ni agak sukar untuk aku meluangkan masa melangut depan TV especially kalau tengah bz dengan study dan keja. kalau dapat melayan CSI setiap Rabu malam tu pun dah dikira bagus..hohoho..

Pernah dulu aku menjadi pengumpul setia cerita bersiri Pengako Sayo. Kesemua episod berjaya aku miliki dari Box 1 hingga 16. Kebanyakannya aku buat pesanan (lebih murah daripada harga pasaran) daripada seorang kenalan internet yang tak pernah aku bersua muka..tapi kami jadi baik seolah2 pernah kenal..mmmm..ajaibnya kuasa teknologi! Lama tak dengar khabar Reezy..Rezzy merupakan seorang translator citer2 Filipina yang banyak ditayangkan di televisyen.

Sekali sekala aku suka jugak bukak channel 303 Astro..channel Korea..huhu..walaupun tidak ku paham bahasa yang dipertuturkan, tapi aku suka tengok orang Korea yang cun2 tu..putih bersih dan penuh dengan 'non-verbal communication'...Korea masih lagi sarat dengan budaya dan mengamalkan high-context culture.

2 malam lepas, kebetulan aku bukak channel 303...masa tu tengah ditayangkan satu drama. Melihat kepada pelakon2nya, aku rasa ini bukan calang2 criter. Dah hampir separuh masa sebelum tamat, aku tetap melayan criter tu...dengan tak tahu apa tajuknya, apa kisahnya dari awal, tapi citer tu berjaya membuatkan aku menangis kesedihan. huhu..si Luqman terpinga2 tengok aku mengalirkan air mata. Sedih siot!

Di akhir episod tu baru aku tau yang tajuknya adalah War of Roses. Nampak macam citer lama sebab sorang pelakon (hero Winter Sonata) masih muda lagi. Rupanya citer bersiri.. Malam tadi aku melayan lagi citer tu..memang sedih giler!!

Aku tak tau la apa kisahnya dari awal. Tapi melalui slot2 preview yang ditayangkan, menunjukkan pengorbanan seorang wanita yang teruk diseksa oleh suaminya yang curang. Wanita tu mempunyai seorang adik perempuan dan 2 anak perempuan. Masa aku tengok tu dia dah disahkan mengidap kanser dan hanya menunggu saat kematian. Dan suaminya pun sudah insaf dan mula menyayangi dirinya.

Apa yang menyebabkan aku tersentuh melihat cerita itu ialah, apabila membaca bait2 dialog yang dituturkan..sungguh mengharukan...(sib baik la ada translation in English, kalau tak aku main teka2 je la apa dia cakap. Ditambah dengan expression muka pelakon2nya..membuatkan mudah je air mata ni mengalir! Hahaha!! Lawak tul..baru je tengok 2 episod yang tengah2 aku dah mula gian nak mengikuti citer ni...time slotnyer aku dah dapat..11.15pm to 12.15am (sanggup berjaga tu).

Pagi tadi bangun pagi dengan mata bengkak sebab dok asyik nangis je..banyak sangat scene sedih..huhuhu..apa lagi? layan je laaaaaaa....

1 comment:

Anonymous said...

sebenarnya cite jiwang melayu kadang2 mmg menusuk jiwa. contohnya dlm cerita sepi. (tgk sendiri ye...). cerita taiwan, hong kong x best nak jiwang2. x masyuk...