Thursday, September 11, 2008

Dizzy..blank..blurr and lost!!

Lama jugak aku tak update blog ni..maklum la bizi kat rumah. Syok jugak dok kat rumah jer tengok anak-anak membesar depan mata. Terasa bahagia sungguh!

Last Tuesday aku dah masuk opis setelah lama bercuti..hmmm..moody..ngantuk..semuanya ada.

Lepas aku punch in, aku lari ke library..study IMC sekejap..selebihnya aku tidur..huhuhu..lunch time aku balik ke rumah..terus lesap sampai ke petang.

Semalam, aku rasa tak bermaya, dizzy and sakit perut. Tak tahu la kot ini menstrual syndrom atau aku sememangnya dilanda sindrom keresahan akibat lama bercuti. Tapi aku betul2 tak bermaya nak ke opis..not ready yet. Aku blom bersedia mental dan fizikal nak ke opis.

Walaupun bercuti, ada gak orang cari..menyampahnya. Ingatkan cuti ni boleh merehatkan fikiran dari keserabutan, rupanya aku lagi nerbes nak masuk opis esoknya.

Aku boleh rasa banyak keja yang menanti.

Hari ni, aku masuk opis. Tapi aku rasa kosongnya jiwa dan otak aku. Terkebil2 jugak tak tahu nak buat apa. Padahal banyak perkara yang belum setel tu..aku betul2 kebingungan..dah le tak syok sebab dah ramai kawan2 yang takde..pandang kiri kanan depan belakang (belakang aku dinding ler..) semuanya tak menyeronokkan. Sabar je lah...

Tadi Asyraf telefon...kononnya baru tahu aku cuti sebab sakit..huhuh..apa2 pun thanks sebab sudi tanya khabar.

Intan (UEL) pun datang bertanya khabar. Rindu betul kat dia..budak bijak yang tersesat kat sini..hehehe..apa2 pun, thanks sebab jadi pendengar yang baik.