Friday, September 19, 2008

Kad raya & hadiah

Sejak akhir-akhir ni tekakku terasa sangat perit. Rasanya aku tak makan benda-benda yang banyak preservative. Mungkin jugak kurang minum air. Kadang-kadang sakitnya sampai ke telinga.

Semalam aku dapat kad raya besar dari hubby. Sengaja dia surprisekan aku dengan meletakkan kad tu dalam bilik, atas iron board. Patut la beriya suruh aku cepat2 masuk bilik, rupanya ada surprise. Dalam kad raya tu berserta satu cd lagu-lagu raya. Dan yang kelakarnya, kat sampul tu dilekatkan sedahan pokok ulam, ala-ala bunga ros la..aku agak mesti dia petik pokok ulam yang aku tanam kat dapur tu!

Aku takde bagi apa2 kad pun lagi.terukkan? Tapi at least tahun ni aku sponsor baju raya merangkap birthday present pada dia..hehehe...kain pelikat, baju kemeja dan baju melayu..kira ok la tuuu...

Raya tahun ni giliran balik Besut pulak. Rancangnya balik hari Sabtu petang 27hb. Aku masih kerja pada 27hb tu, tak ambil cuti. Balik Klang pada hari raya ketiga.

Lepas je cuti raya seminggu, aku ada presentation subjek IMC, then seminggu selepasnya ada final exam IMC...sangat takut!