Wednesday, September 24, 2008

Terima Kasih SSH, KPJ

Sejak pagi tadi aku mendapat banyak misscall daripada nombor yang aku tidak kenali. Aku cuba call balik rupanya dari Seremban Specialist Hospital, KPJ. Cuak jugak kot2 mana tahu ada result kesihatan aku yang tak memuaskan.

Rupanya dari bahagian finance!

Alhamdulillah..dapat pengurangan bil hospital sebanyak RM600. Aku kira ini sebagai duit raya yang tak disangka-sangka dianugerahkan Illahi kepada kami setelah melalui ujian tempohari.

Bayaran akan dikembalikan samada melalui cheque atau melalui kredit kad.

Terima kasih tak terhingga kepada En Hazarul (Finance Manager) yang sudi mempertimbangkan. Semoga murah rezeki anda semua.

Terima kasih daun keladi..kalau ada rezeki anak ke3, aku akan ke sana lagi...hehehe

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin buat warga Seremban Specialist Hospital yang banyak membantu sepanjang aku di wad Sri Selasih.

Jasa kalian hanya Allah yang mampu membalasnya.