Monday, November 10, 2008

Luqman Dapat Anugerah Emas?

Semalam kami menghadiri Majlis Hari Kecemerlangan Tadika Cahaya Nurani (TCN) Luqman yang diadakan di Alson Klana, BBN.

Jemputan kami telah terima 2 minggu sebelumnya..bersama2 dengan permohonan sumbangan untuk menjayakan majlis berkenaan. Hulur jugaklah sikit..

So, hari Selasa sebelum majlis, kami sekali lagi mendapat kad jemputan rasmi menghadiri majlis anugerah tersebut. Aku tertanya2 jugak, hari kecemerlangan apa sebenarnya? Biasanya nak adakan hari kecemerlangan atau anugerah ni untuk penyampaian hadiah atau itu tanda nak cuti sekolah. Kebetulan one day, hubby menghantar sendiri Luqman ke TADIKA. Aku mintak dia tanyakan cikgu sekolah, bila exam akan diadakan, sebab senyap sunyi jer tak tau khabar berita..surat takde pulak memaklumkan murid2 akan menghadapi exam, alih2 dah buat majlis kecemerlangan..curious jugak la.

Rupa-rupanya menurut hubby, exam dah lepas lama..bertuah betul! Luqman pulak bukannya jenis budak2 lain yang suka mereport atau bercerita apa yang berlaku di sekolah..kalau ayahnya tak tanya, takde dicakap. Kalau tanya pun dia tak reti macammn nak cakap. So, aku pun takleh nak agakla..macammana dia jawab exam. Macam aku jugak ke? hehehe..

Kalau diperhatikan dari tahap kerajinan dia kat umah tu..tengok atas mood dia. Kalau datang mood dia nak buat keja sekolah, dia akan buat. kalau datang mood dia nak melukis, habis dinding rumah diconteng..pantang lepa mata..penuh dinding ditulis A,B,C, 1,2,3 dan kartun2 kesukaannya. Selebihnya dia banyak belajar dari tv daripada belajar dalam buku. Banyak words yang aku dengar dia guna, sebut dengan betul. Walaupun kadang aku naik angin jugak tengok cara dia tengok tv tu..macam nak masuk dalam peti tv tu jer..kadang naik penat bercakap, hanger la kn libas kat betis.

Semalam, semasa pendaftaran ibu bapa, kami diberikan aturcara majlis. Dalam tu ada disertakan senarai pelajar bersama2 anugerah yang diterima. Aku tengok Luqman dapat Anugerah Emas..Ehhh..macam tak caya jer..musykil nih. Takkan kot! Apa yang dia dah buat..kot2 memang stail sekolah tu yang beri semua anugerah untuk semua pelajar2. Tapi ada jugak budak2 yang dapat Perak, Gangsa dan langsung tak dapat apa.

Dulu pernah aku bertanya cikgu kelasnya tentang pencapaian Luqman. Menurut cikgu, Luqman jenis lambat nak capture attention...lambat buat keja..orang lain dah nak siap, dia masih tercari2 rentak, terjenguk2 orang buat...feedback tu lambat..Tapi menurut cikgu, keja dia kemas, tulisan cantik dan teratur..waaahh..bangga sekejap. Dalam masa yang sama, cuak jugak la..kot2 anak aku ni ada penyakit 'Autisme'. Tapi bila tengok sejarah ayahnya, mmg ayahnya jenis macam tu dulu masa kecik2..lambat bercakap, pendiam. Tapi dah besar, ok jer..dapat jugak masuk Univ buat PhD. So, aku cuba think positif.

Bila majlis selesai, aku jumpa cikgu. Aku tanya, atas kapasiti apa Luqman dapat Anugerah Emas? Cikgu memberitahu, Luqman berjaya menjawab kesemua paper (4 paper) iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Math dan Sains dan semuanya fullmark. Ha? Biar betul..aku macam tak caya jer..hehe..but at the same time, i'm proud of him. Menurut cikgunya, so far pencapaian Luqman dah semakin baik berbanding mula2 dulu. Dia dah semakin ligat dan banyak bertanya dalam kelas. Cuma yang aku risau, dia ni terlalu banyak yang ingin dia tahu, aku tahu banyak benda dalam kepala yang dia fikir...kadang tak reti dia nak describe macammana. Dari segi kepetahan bercakap, Luthfil lagi cepat dan lancar bercakap. Luqman bercakap pun masih lagi tunggang langggang dan selalu guna terms yang salah...like apa, siapa, kenapa,di mana...huhuhu..ikut sapa tuuuu?

Tahun depan dah 6 tahun usianya. Maybe sekarang ni kami tak terlalu mengongkong dan strict sangat lagi dalam study dia. Tahun depan no more main2. Lagipun next year aku dah free sket, so bolehlah aku concentrate study dia pulak.

As a motivation to him and proud of his achievement, we all celebrated dengan membeli kesukaannya. Luthfil punya turn, next month ok!..skali dengan celebration ibu!

No comments: