Friday, November 14, 2008

Rajuknya masih ada

Hari ini dia akan berangkat pulang ke sisi keluarga tercinta.

Tidak pasti bila lagi akan 'bersua'.

Ketenangan yang kutemu sebelumnya, berkocak kembali bila dia memaklumkan akan menjadi pemastautin di sana..

Rasa bersalah menyelubungi aku..

Bersalah kerana membuat dia merantau jauh, berpisah jauh dari keluarga di kampung.

Berdosanya aku memisahkan mereka.

Rajuknya masih ada.

Rajuknya memberikan kekesalan yang tiada kesudahan buat aku.

Setiap kali teringatkannya..

Aku jadi pilu..hiba..tak terkata

Maafkan aku.

No comments: