Wednesday, November 05, 2008

Semoga tiang Arash tidak lagi bergegar..

Sejak kebelakangan ini media massa banyak membuat liputan tentang krisis rumahtangga Abby-Norman. Bagi aku yang tengah buat projek paper tentang topik krisis komunikasi, aku clasifiedkan kes Abby-Norman ini juga sebagai krisis. Ini kerana isu ini melibatkan public figure, mendapat liputan media yang meluas,mempunyai nilai berita, menjatuhkan reputasi dan imej artis serta berlaku secara tiba-tiba dan penuh emosi..dan melibatkan pelbagai pihak.

Aku tumpang simpati dengan nasib yang menimpa mereka. Apa yang buat aku terkilan ialah kenapa tak diadakan perbincangan tertutup di antara mereka berdua. Norman sepatutnya tak perlu nak menjawab media, tak menyelesaikan masalah pun. Lagi banyak jawab, lagi banyak isu akan keluar. Kalau dia cakap suruh pihak media hormati perasaan dia waktu itu, beri dia ruang dan peluang kepada dia dan Abby untuk berbincang, media tak boleh nak kata apa.Media kena hormati itu. Dia kena ada strategi. Dia artis..ada news value. Dia kena banyak belajar PR lagi tu.

Abby pulak aku takde la nak salahkan jugak, orang tengah kecewa, memang la macam2 datang dalam fikiran. lepas bersalin pulak tu. Silap haribulan dah tension sgt, boleh kena meroyan.Dia dah nekad, hati dia dah kering..saper tak kecewa jika suami mempertahankan perempuan lain. memang tak masuk akal betul Norman tuh. Tidak malukah mereka menjadi bahan berita dan tontonan orang ramai, tidak kesiankan mereka pada anak-anak yang masih kecil? Cuba bayangkan jika ada anak-anak menonton apa yang mereka sedang lakukan, menonton drama yang telah menjadi realiti..'melihat papa dan mama berlakon'..pelakon yang tidak lagi berlakon.mama dan papa bergaduh di tepi jalan, mama mohon dilepaskan, papa sibuk dengan perempuan lain...mesti mereka bertiga meranung-raung kesedihan..kenapa berlaku sedemikian..tidak sayangkah lagi papa dan mama kepada kepada kami?..raung si anak. Lihat si kecil yang tidak berdosa..lihat si comel yang pulus..lihat dan renungkan mata mereka..fikirkan masa depan mereka..segala tindak tanduk ibu bapa hari ini akan menjadi sejarah luka pada anak-anak. Bagaimana nasib mereka di masa hadapan?

Kalau betul la mereka ni sayang anak-anak, cuba bawak ketiga-tiga anak2nya ke tempat kejadian. Biar Abby dan Norman tengok muka anak2. Tergamak tak..ada hati perut tak..bawak pompuan tak malu tu skali..suruh dia tengok muka anak-anak kecil tu..tengok samada dia sebagai bakal ibu ada perasaan atau tidak..tergamak memisahkan anak dengan bapa mereka. Aku cukup kasihan dengan Abby..baru je lepas bersalin, perut pun tak habis sakit lagi, bius pun tak hilang lagi, tapi suami dah buat perangai..donia..donia...

Tidak adakah sekelumit rasa kasih sayang terhadap wanita yang berkongsi susah senang selama ini? Kenapa mesti ada orang ketiga? Dulu janji sehidup semati..kenapa mudah benar melupakan janji-janji yang dimeterai..meruntuhkan apa yang telah dibina sangat mudah..tapi membina apa yang telah runtuh sangat payah.

Yang paling aku musykilkan...di mana kedua-dua ibu bapa Abby dan Norman? Di saat anak-anak sedang berantakan, sepatutnya hulurkanlah bantuan, berbincang...nasihat dan menasihati..fikir-fikirkan..cukup2 la tu Abby dan Norman.

Jauh di sudut hati, aku doakan semoga Allah memberi mereka berdua kekuatan dalam menghadapi ujian. Semoga tiang Arash tidak lagi bergegar untuk kali kedua..

No comments: