Thursday, January 08, 2009

Cuti-cuti di Pulau Pinang


Sempena cuti tahun baru 2009 yang lepas, aku berkesempatan berkunjung ke Pulau Pinang. Sepatutnya kami bertolak dari kampung terus ke Penang, tetapi oleh kerana hubby mempunyai beberapa urusan kerja yang perlu dibereskan, kami balik ke rumah terlebih dahulu dan bertolak dari sini.

Percutian kali ini agak menyeronokkan..dah lama tak cuti-cuti Malaysia membawa anak-anak berjalan2. Lagipun projek paper dah siap, otak dah lapang sikit. Hubby pun dah lama berhajat untuk membawa kami bercuti. walaupun cuti kali agak terganggu dengan kehadiran LALAT dan LANGAU yang menyemak pada mulanya..tapi aku berjaya untuk 'ignore' sahaja. Dah takde makna apa2 pada aku..huhuhu..saper makan cili dia rasa pedasnya!

Di Penang aku menginap di rumah kakakku yang ke3. Setelah tersesat barat ntah ke mana2, akhirnya kol 4 lebih sampai ke rumah Kakak. Kak Na and family pun ada jugak. Aku pun dah lama tak berkunjung ke rumahnya. Masa sesat tu sempat la menjamu selera dengan pisang goreng dan popcorn (2hinggit banyak giler!) yang dibeli di Kulim. Waduh..murah sungguh barang kat Kulim. Malamnya kami borong sakan tudung kat kedai sepupu yang bukak booth kat BM. Jauhnya aku beli tudung..dapat la 4 helai.Lepas memborong, dia belanja kami makan Char Kuew Tiaw and Sate. Sedap sangat!!

Keesokkanya, Jumaat..kami tak kemana2.Hubby ada meeting dan appoinment dengan org High Tech Kulim. So, aku kat rumah diminta oleh kakak masakkan spagethi untuk sarapan pagi. Wah..jauhnya tukang masak datang. Katanya, Auni suka makan spagethi yang aku masak. Tengaharinya, kakak mintak aku masak daging dendeng atau masak kicap. Ini satu lagi faveret juadah yang aku dapat daripada FIL. Mendapat pujian dan kesukaan ramai..hehehe..blh wat bisness bukak restoren nih.

Agenda hari Sabtu, kami keluar shoping ke BM, belikan Luqman dan Luthfil pakaian. Aku sempat mengusha sandal..dapat gak sepasang..hehehe..Hubby beli seluar lagi. Asyik komplen seluar dah longgar..padahal dia yang makin kurus..huhuhu.Sebelum tu aku p borong asam jeruk 3kg untuk kengkawan kat opis.

Masa makin suntuk, perut dah berkeroncong. So, makan time. Masa ni nak amik gambar pun tak sempat bila si Luthfil Hadi buat perangai tak sememeh ms nak makan. Kesian kat hubby tak sempat nak menikmati hidangan ikan bakar, daging bakar dan macam2 lagi juadah yang best2 kat restoren tuh. Harganya murah sangat dan lauk2 sangat sedap!

Oleh kerana kami dah dibooking kawan hubby untuk membawa kami menaiki bot keliling pulau di Taman negara, kami bergegas ke tempat yang dijanjikan. Hampir sejam perjalanan ke jeti. Seronok sangat naik boat melihat keindahan pantai dan pulau2 berhampiran, hidupan yang ada disekitar paya bakau serta kawasan bakau yang menghijau. Yang tak syoknya, Luthfil melalak kat atas bot tu sebab nak balik. Huhuhu..

Setibanya di jeti, hari dah hampir senja. Aku yang last skali turun dari boat, sambil memimpin Luthfil dan Luqman di depan, dengan tidak disangka2 terpijak sengat ikan duri..huhuhu..aku ingatkan pendek je, seriau jugak la bila aku dan hubby cuba tarik keluar tapi tak berjaya. Bila dah kecoh, driver boat tadi datang mencabutnya. Darah meleleh keluar. Luthfil yang tadi asyik meragam je, terus jadi budak baik bila tengok ibunya sakit. Nasib baik bukan dia yang kena. Kalau tak, tak tahu la nak cakap..Nauzubillah..

Dalam pada kaki sakit dan jalan berjengket2 tu, malamnya kami sempat dibawa ke bandar Pulau Penang oleh kawan hubby untuk menjamu selera makan sup kambing dan pasembor kat kedai mamak. Hajat nak makan laksa penang kat Pulau Penang blom tercapai lagi. Insyaallah, di lain hari dan waktu kami akan berkunjung lagi ke sana.

No comments: