Monday, January 05, 2009

Selamat Datang 2009/1430H

Bismillahirrahmanirrahim..

Pembukaan tahun baru ini, aku mulakan dengan kesyukuran yang tidak terhingga kerana Allah masih lagi memberi kesempatan untuk aku mengecapi kebahagiaan dan kesihatan yang baik kepada aku dan keluarga.

Alhamdulillah..aku berjaya menyempurnakan pengajian aku dalam tempoh masa yang sepatutnya. Insyaallah, pertengahan tahun nanti impian aku akan terlaksana..mudah-mudahan.

Banyak yang ingin aku lakukan dan yang ingin dicapai pada tahun ini. Insyaallah, aku akan mulakan satu persatu..

Tahun baru ini juga, aku ingin lupakan perkara-perkara sedih, yang menyakitkan dan mengecewakan aku. Yang berlalu biarlah berlalu. Aku tidak akan menoleh kebelakang lagi. Untuk apa aku menyusahkan diri, jika ianya langsung tidak dihargai. Kalau itu yang terbaik untuk semua, aku redha dengan ketentuannya. Yang pasti aku amat berbahagia dengan apa yang aku kecapi dan miliki sekarang.

Insyaallah..semoga tahun baru ini menjanjikan hidup yang lebih baik buat kami sekeluarga.

"Alhamdulillah..tadi dah dapat satu offer..hehehe..mudah2an dimurahkan rezeki oleh Allah SWT"..

Cayyo'!!

No comments: