Friday, February 20, 2009

HP kena block!

Marah sungguh aku kat Luqman malam tadi. Terkebil kebil dia.Kesian pulak aku tengoknya.

Malam tadi aku cas hp kat ruang tamu. Seperti biasa, Luqman memang suka main hp aku..dia dah explore semua game2 yang ada dalam hp tu. Tetiba je aku dengar bunyi trott..troott..bila aku tengok hp tu, 'error code'. Aku memang letak password hp dan juga pw simcard..kononnya untuk elak dari kena delete nombor telefon oleh bebudak 2 orang tuh...rupanya, bila dimasukkan sesuka hati no pin, kena blok pulak..hangin sat. Kalau kena block simcard takpe la jugak, boleh call center, ni hp yang kena block! (Hubby cakap, alasan la tu nak beli hp baru!)

Pagi ni, aku sajer2 try masukkan password hp tu. Aik..mau pulak! Alhamdulillah..nampaknya takde chance nak beli hp baru lagik!hehehe

No comments: