Wednesday, June 17, 2009

'Abang Luthfil'

Bergaya dengan SG ayah
30 Disember yang lalu, genap usia 4 tahun anakku yang ke2, Muhammad Luthfil Hadi. Kalau ikut tarikh lahir, baru 3 tahun setengah, kalau ikut tahun dah masuk 4 tahun. So, tahun depan dah boleh ke sekolah. Pernah skali dia beria nak ke sekolah TADIKA bersama abangnya, so, aku try test la. Huhu..rupanya semangat dia tak cukup kental lagi..time aku nak balik, dia pun sibuk nak mengikut jugak. Kalau nak diikutkan, dia lebih berani dan lasak dari abangnya.
Hobinya sekarang adalah menonton TV channel 613. memang kami takde chance la nak tenok HBO ker, nak layan citer2 movie ke kalau diorang yang conquer dulu. Selalunya Luqman yang akan meggunakan adiknya kalau aku atau hubby yang ubah channel..sebab dia tau kami tak layan kalau dia yang request! Hahaha..jahat kan?
Sekarang dia dah pandai mengira 1-20 dalam kedua2 bahasa walaupun kadang2 tertinggal 1 @ 2 angka. Selalunya time balik rumah dia akan menapak anak tangga sambil mulut becok mengira anak tangga satu persatu. Dia juga sudah mengenal huruf ABC atau 1,2,3. Sekarang dah mula meneroka ejaan pulak.
Benda yang paling dia suka eja ialah 'pokok'..tapi bila menyebutnya jadi 'potot'! Pantang kalau naik je kereta, sebarang objek yang melintas di depan mata, dia akan suruh aku eja..then dia akan ikut. 'Ibu, eja kereta, eja daun, eja traffic light'!. Aku rasa dia banyak terpengaruh dengan rancangan 'Word World' la..memang rancangan tu sangat bagus untuk perkembangan pembelajaran kanak2. Luqman pun banyak dapat vocab daripada situ. Little Einstein juga bagus, kanak-kanak boleh belajar mengira, Mickey pulak byk ajar tentang benda, warna , count etc.
Luqman selalu bengang bila dia tak pandai nak sebut 'g-o-r-i-l-a' (thoghila!). Huhu..macam la dia kecik2 dulu tak pelat. Puas aku terangkan yang adik masih kecil+pelat lagi. Nanti adik belajar la pelan2. Satu lagi huruf yang aku perhatikan dia susah nak sebut adalah 's'..'satu' jadi 'thatu'!
Biasanya kalau dia nak minum susu, best fren dia mesti ada kat sebelah. Memang tak boleh nak berenggang langsung. Pernah suatu ketika, aku curi2 bukak sarung dan basuh. Bila dia tengok jer bucuk dia tak berbaju, mulutnya bising mencarik. Bila dia nampak jer sarung tu tersidai kat ampaian, terus diambil dan dicium2nya.
Sekarang kami dah mula membiasakan diri dengan panggilan 'abang ngah'. Yang kelakarnya, dia cakap..bukan 'abang ngah' la..Luthfil! Dia tak mau dipanggil abang ngah, kalau Abang Luthfil takper...dan dia masih lagi perasan nak dipanggil adik!

No comments: