Tuesday, June 16, 2009

Semenjak dua menjak nih, selera makan ku menjadi2 pulak. 2 minggu lepas kantoi lagi..berat melebihi yang sepatutnya dan urine test pun prolem. Mana tidaknya, pagi tu pekena roti canai+teh tarik. Phewww!

Minggu ni terpaksa la aku menapak ke klinik lagi..agak2 kantoi lagi tak? Huhuhu..sendiri mau ingat maaa..

Sejak 2 minggu lepas mengidam nak makan kerabu pucuk paku + kerang. So, awal2 pagi Ahad tu, kejutkan hubby mintak dia ke pasar pagi Branang. Frustnya..pucuk paku takde..tak tau la samada takde dijual ke atau dah habis dibeli orang. Yang ada cuma pucuk paku merah..kalau kat Besut kami panggil pucuk niding...best kalau dibuat bubur lambuk.

So, hubby tanya nak beli ke tidak...hehehe..aku faham sangat la tu..tanya ada makna sebab dia pun suka bubur lambuk pantai timur nih. Borong sakan ler.

Juadah hari minggu tu banyak bukan main. Selain dari bubur lambuk, aku masakkan daging dendeng dan kerabu resepi ciptaan sendiri. Bila dah ada bubur lambuk, aku dah tak pandang yang lain2.

Hari ni terasa nak makan cheese tart la pulak~:)

No comments: