Friday, July 10, 2009

H1N1??

Luqman: "Ibu, H1N1 tu tak baikkan? Dosa...".

Aku: "Ha? Mana Aman dengar?"

Luqman: "Cikgu Aman kat sekolah cakap..H1N1 tu tak baikkan?"

Hubby: "Aman, H1N1 tu virus..kuman..kalau kena, nanti sakit..selsema, batuk.. Sebab tu kena selalu cuci tangan dengan sabun".


Hubby cuba menerangkan dengan lebih simple supaya dia lebih senang faham.

Semalam aku diberitahu oleh Sue bahawa seorang cikgu TCN telah dikuarantin kerana suaminya telah disahkan positif H1N1 selepas balik dari Indonesia. Cikgu tu pulak ada anak yang bersekolah di SKM. Habis satu kelas kena kuarantin.

Dalam kelas tu pulak, ada anak kepada penjaga yang mengasuh anak Sue kawan aku tu. Dah risau pulak ibu bapa yang menghantar anak kat pengasuh tu.

Sejak semalam, dah ada peraturan bila nak masuk ke dalam kawasan pejabat dan kediaman, kami diminta untuk scan suhu badan. Tambahan lagi, student2 dah mula datang mendaftar untuk semester 3 2009/2010.

Hmmm...dah berangkai2 jadinya.

1 comment:

QERY HASAN said...

Kalau ada masa jgn lupa wat tagged yg org bagi kt blog tuh,...