Wednesday, January 20, 2010

Wafa Aleesya, 3months~







Pejam celik pejam celik Wafa Aleesya dah berusia 3 bulan hari ini. Sekejap jer masa berlalu.






Wafa dah pandai gelak bila diagah dan diajak berbual. Sudah mula demand sekarang mintak didudukkan dan sudah boleh angkat kepala dan kaki. Kalau boleh setiap saat dan waktu aku ingin menatap wajahnya, dan ingin disisinya melihat dia membesar di depan mata. Jika lama berjauhan, aku akan merinduinya..hanya wallpaper di hp yang menjadi pengubat rindu ibu.






Walau letih seharian ditempat kerja, ibu sentiasa mencari peluang bermain dengan Wafa, walau sesibuk mana ayah menyiapkan tesis, ayah sentiasa memperuntukkan masa mengelek Wafa. Abang Long danAbang Ngah jugak sporting..tak pernah jeles dengan Wafa...sentiasa berada disisi adik jika ibu sibuk di dapur..mengajak bercakap walaupun adik hanya tahu tersenyum dan mengomel.






Insyaalah, jika ada kelapangan nanti, ibu dan ayah akan bawa Abang Long, Abang Ngah dan adik keluar jalan-jalan yer~

No comments: