Tuesday, April 13, 2010

persoalan yang tiada kesudahan..

Rentetan daripada kes2 pembuangan bayi yang agak menjadi2 sejak akhir2 ini, ibu mempunyai beberapa persoalan yang sering berlegar2 di kepala;

1. Adakah individu2 diluar sana yang terlibat dalam membuang dan membunuh bayi mereka seronok melihat telatah masyarakat (baca: media) yang membuat liputan ke atas bayi mereka?

2. Adakah mereka ingin melihat reaksi pihak2 berkuasa, pemimpin2 dan ahli masyarakat dalam memberi respons kepada kes itu. Almaklumlah, selepas insiden penemuan bayi samada yang masih bernyawa, yang tinggal nyawa2 ikan atau yang telah tidak bernyawa akan diberi liputan besar sekarang ini.

3. Tidak tercabarkah pihak berkuasa dengan insiden2 menyayat hati itu?

4. Sebanyak2 kes membuang bayi yang berlaku, tidak adakah tangkapan yang dibuat ke atas mereka yang bertanggungjawab melakukan kerja terkutuk itu?

5. Licik sangatkah si durjana itu sehinggakan takde sorang pun makhluk manusia yang kebetulan menjadi saksi pembuangan bayi itu?

6. Berkesankah kempen2 yang dilakukan sekarang? Nampak macam seolah2 nak menyelesaikan 'apa yang telah berlaku'..tapi punca kepada 'kejadian' tidak diberi perhatian.
Agaknya akan ada couple yang ambil kesempatan..."kalau termengandung pun takpe, sebab nanti kita bagi baby kita kat artis ke, polis ke, YB ke..untuk dijadikan anak angkat"..perghhh..glamer tu masuk paper, masuk TV!

7. Banyak kes buang bayi berlaku di tempat buang sampah, masjid, surau..apa kata letak CCTV banyak2 kat situ..nak jugak tengok muka manusia mana yang tergamak buang bayi merata2.

No comments: