Monday, April 05, 2010

tiada lagi..


Ibu bukanlah peminat fanatik radio era..malahan kat rumah pun takde radio! Sekali sekala pasang radio kat Astro time takde rancangan best kat tv. Ibu hanya berkesempatan melayan radio pagi2 time dalam kereta on the way nak ke opis atau menghantar anak ke rumah pengasuh..itupun kdg2 lupa nak on. Cuma kalau drive ke KL tu lama sikit la melayannya utk hilangkan ngantuk diperjalanan. Pasang volume kuat2 dan tekan minyak laju..huhu..


Saluran yang ibu biasa ikuti ialah sinar pagi mendengar celoteh kak engku, krill dan SY..kadang2 layan Era (hanya time Pak Nil dan Din Beramboi sahaja) iaitu Riuh Pagi di Era. Ibu suka dengar slot Sawancara dan drama sebabak..boleh tergeliat usus perut kalau dengar Pak Din buat lawak. Pak Nil pulak tukang gelak..


Sehari sebelum berita pemergian PakDin, ibu baru sahaja mendengar Sawancara PakNil dan PakDin yang mana PakNil menginterview PakDin yang kononya kerja sebagai 'nelayan'. Jawapan2 dia walaupun kadangkala agak 'sengal' dan merapu, tapi boleh buat kita yang mendengarnya ketawa tak kering gusi..ada2 jer jawapan tak masuk akalnya..kreatif! Memang kalau dengar lawak dia, buat kita tergelak guling2 daa..


Mula2 ibu dengar PakDin dah takde pagi Jumaat tu, ibu tersentap jugak..rasa macam tak caya jer. .Era dah tak riuh lagi lepas ni dengan gurau senda pakdin dan paknil. Dan tak dapat ibu bayangkan bagaimana perasaan paknil ketika ini..apatah lagi keluarganya sendiri apabila kehilangan orang yang tersayang.


Dan tak semena2..ibu terkedu dan mengalirkan air mata. .sampai sekarang pun kalau ada berita tentang pakdin, ibu masih lagi akan menitiskan air mata. Sampai Hubby tegur...'nak nangis kenapa...ramai lagi orang kat luar sana yang mati akibat peperangan, kebuluran dan malapetaka'..huhuhu..


Entah laa...sukar ibu jelaskan, kenapa ibu menangis..selepas ini takde lagi gurau senda PakDin kedengaran. Semoga PakDin ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Al Fatihah.

No comments: