Wednesday, June 23, 2010

meeting..

Seperti biasa, hari Rabu, jam 11am kami ada QERD meeting. Kalau ada peluang memang nak excuse je dari attend meeting nih. (meeting ke?..). Apa yang membuatkan kami menyampah adalah, perkara yang ditayangkan adalah statistik yang sama sahaja asyik diulang tayang. Actionnya tak ade pun.


Tidak ketinggalan nama ibu naik lagi minggu ni. Status "Class not Conducted". Ibu diminta oleh boss pada minggu lepas untuk update attendance yang mana seminggu penghujung bulan April ibu tak masuk kelas. Macammana nak masuk, dah ibu medical leave 6 minggu bermula 23 April sehingga 6 June. Lecturer ganti hanya ada bulan Mei. Terfikir jugak, kenapa lah depa nih tak highlightkan sebelum student exam. Student dah abis exam dok suruh lecturer buat replacement class..gilo apooo??

Sebelum meeting berakhir, ada sorang mamat nih (foreigner) menyuarakan keluhan dia berkaitan dengan attendance student. "When we talk about attendance is compulsary, the students start laughing"...What action from HEA to handle this problem.. Kami pun bantai gelak jugak bila dia cakap macam tuh sebab tahu apa yang depa dok buat. Nan adooo nya apa2. Setakat bagi surat warning tuh ingat student heran sangat ke? Kata jer compulsary more than 80%, tapi bila betul2, student yang 60% attendance pun blh jer lepas. Lepas tu kalau fail, buat appeal..Attend jer oral test, soal jawab lebih kurang, then lepas. So, mana lesson nya pada student. Ingat student amik port kaa..

Yang international student lak, ugut kat depa kata visa tak boleh nak renew kalau attendance below than 80%. Macam takde effect apa pun. Kalau dah kaki ponteng, depa ponteng jugak.

Nan ado nya action..nak buang jauh skali!

No comments: