Monday, June 14, 2010

Secret Recipe ~Lamb Chop

Jamuan semasa meraikan ulangtahun Luthfil Hadi tahun lepas. peminat tegar Lamb Chop masakan ibu!

Dimaklumkan, ini bukan promo percuma Secret Recipe yang pernah buat ibu bengang sebab menghidangkan chicken chop yang sejuk bagai tuh..tapi ibu nak cerita tentang sejarah resepi rahsia membuat lamb chop yang dicipta ibu sendiri..main try and error jer..heheh..(lain entry ibu criter tentang resepi tu)

Alkisahnya..malam tadi ada orang mintak resepi lamb chop ibu..hmmm..haruskah nak bagi?hehehe..kedekut! Ibu bagi jer..kalau tak sedap, bukan salah resepi yer..hahaha

sejarah kepada bermulanya ciptaan resepi ni..actually, semasa pregnankan Luthfil Hadi, ibu suka sangat makan kambing especially lamb chop. Tak tahu lah kenapa..even semasa tgh mabuk2 4 bulan pertama tu, hanya salad dan buah2an yang dapat diterima tekak nih. Ecece..minah saleh mana lak nih. Sehinggakan blh dikatakan setiap minggu ibu akan ke hipermarket G untuk membeli daging kambing. Oleh kerana ready made lamb chop yang diperap kat hmarket tu yg agak mahal, dan rasanya yang tak berapa ngam, so ibu beli yang mentah dan belum diperap lagi. Harganya boleh tahan jika dibandingkan dengan yang dah siap perap.

Balik ke rumah, kepala nih dah ligat dok pikir nak perap ngan aper daging tu. Takkan nak letak garam+kunyit kottt. Google punya google dalam internet..nampak gayanya takleh nak ikut resepi dalam internet coz selain daripada resepi2 western nih banyak guna alkohol, bahan2 yang diperlukan juga agak sukar dicari. ibu nak yang guna bahan2 yang dah sedia ada dalam rumah tetapi sedap bila dimakan. Camner tuh..senang, ringkas, murah tapi SEDAPP!! iyerrr....btolll..tak caya tanya en erie..huhuhu

Dipendekkan cerita, ntah dari mana ilhamnya ibu just try and error sahaja membancuh sos lamb steak tu. Hasilnya..hurmmm..thumbs up!! Bila en. hubby cakap sedap, maknanya boleh la diterima..dia blh jd QC yang boleh dipercayai. Dan ini diconfirmkan lagi dengan kata2 peminat lamb chop perisa ciptaanku iaitu Sis Yah and family, Sis Na and family, En. erie, Sis Ijan, kaum kerabat dan kengkawan yang pernah merasa. Wah...kalau ibu bersara, blh la ibu bukak restauran maya western food yer! Saper nak beli, order jer...hahaha..berangan!

Lamb chop ni bertambah kesedapannya jika dibungkus dengan lettucehead... wadduhhhh...nyam..nyam..nyam...


No comments: