Tuesday, July 06, 2010

The power of internet...


Pernahkah anda meng'google' nama anda sendiri? Lihat, berapa hit keluar. Ibu pun tak sangka ada juga orang lain yang sama nama dengan ibu..kekeke..glamour kan! muahaha..

Bercerita tentang google meng'google' nih, td ibu berjaya menjejaki sorang ex coursemate masa degree dulu. Sebelum nih dok tanya2 kat kawan2 lama, en. mat nih takde fb ke...check dlm list kengkawan lain pun tak muncul2 jugak. mane ntah dia menyorok. So, ibu just try google nama dia..tu haaa..kuar siap ngan no hp lagik! Apa lagi, call la..terkejut member tuh.

Actually, en. mat nih adalah one of my study group member. Namanya En. Mat Razi. Dia dah kerja masa tu, staf UPM gak di jabatan yang sama. So..banyak pengalaman dan selalunya dia la yg bimbing kami what to do, group project, discussion ke apa.. kalau ada assignment, nak menaip atau mencari bahan, selalunya kami melangut kat bilik dia la..menggunakan segala mak nenek fasiliti yang ada. Sorang lagi adalah En. Amri, jugak staf UPM bahagian Visa pelajar. Best fren ibu sorang lagi adalah Jamiah, budak genius yg tengah buat PhD kat UIA. Kami geng ngan orang2 tua jer...hehehe..yg matured gitew. Seronok belajar dulu. Kami memang struggle gila2 nak score setiap subjek. Setiap semester mesti dapat dean list. Tapi ibu takleh challenged otai2 tu semua..depa lagi score..1st class! Ibu dapat sipi2 pun dah kira orrait daaa...syukur alhamdulillah.


Nmpaknya En. Mat kita dah naik pangkat dan berpindah ke FEM. Jadi boss kat situ. Ingat lagi dulu2 dia selalu larik sebab lecturer jabatan selalu carik dia bila ada masalah komputer...huhu..trouble shooter la katakan.

Selamat Maju Jaya En.Mat!

No comments: