Friday, July 09, 2010

We miss you very much...

Malam tadi sebelum tido, Luqman berbual2 dengan ibu.

Luqman: Ibu, esok hari Jumaat kan?

Ibu: A'ah....Jumaat, nape?

Luqman : Esok Jumaat, lepas tu cuti, lepas tu cuti, lepas tu Isnin, sekolah kan ibu? Lepas tu kita pegi amik ayah kan??

Ibu cuba nak memahami apa yang nak disampaikan..oooo, cuti, cuti tu maksudnya Sabtu, Ahad kan cuti tak sekolah!

Ibu: Iyer lah...nanti kita p amik ayah hari Isnin tu.

Diorang ingat nak pegi amik ayah kat airport kot! huhuhu...

Then, ibu sajer nak menduga apa yang ada dalam hati dia.

Ibu: Aman rindu kat ayah ke?

Luqman hanya mengangguk2 kepala sambil mata bulatnya terkebil2...

Ibu: Abis tu, nape Aman takmo cakap ngan ayah bila ayah call?

Dia diam jer tak menjawab.

Selalunya dia takmo cakap ngan ayahnya kalau dia ada buat salah, takut kena marah.

Lain pulak Luthfil Hadi..dia okey jer bila ayah call, tak suruh cakap pun dia mintak nak cakap, panjang cerita pulak tu bersembang.

Semalam Luthfil ada sesi penggambaran di PASTI. Time ibu jemput dia kat rumah pengasuh, dia kecoh bercerita yang muallimahnya pakaikan lipstik kat bibir dia. Kemudian ibu tanya, "hansem tak pakai lipstik?". Dengan selamba dia cakap...'hansemmmmm!" Lipstik warna merah ibu".

Huhu..siap eksyen2 lagi dengan Abang Long dia.

Wafa Aleesya pulak bila ibu sebut 'ayah' jer...panjang leher mencari sampai berkerut2 kening. Nampaknya anak2 ayah semakin merindui ayah mereka. Ibu rasa, minggu ni la yang paling lambat masa berlalu...muahaaha..bukan setakat budak2 ajer..hikhikhik..walaupun tiap2 hari call, ntah berapa kali sms, tapi kalau tak tgk depan mata, tak sama keadaannya.

Semoga eksperimen hubby success dan cepat2 balik yer!

We miss you very much~


No comments: