Thursday, August 12, 2010



Melayan Luthfil Hadi bersembang kadangkala membuat ibu geli hati. 2 hari lepas hubby belikan dapur gas baru menggantikan dapur lama yang rosak. Rosak ke tersumbat tak tahu lah tapinya keluar api merah berjelaga membuatkan periuk belanga ibu hitam legam, jenuh nak menyentalnya. Sudah digodek2 hubby dan beli yang baru tapinya tak ngam pulak dapurnya. So, nak guna 1 dapur jer untuk masak, alamatnya berchenta la nak tunggu satu-satu masak..

So, semalam ibu rasmikan dapur baru yang hubby beli kat Wei Yong, Serdang. Siap ada tempat grill lagik. hehehe..selama ni grill dalam microvave jer, tak berapa best.

Time ibu kat dapur, Luthfil masuk. Dia agaknya pelik tengok ada dapur gas baru.

Luthfil: Ibu, saper beli ni bu?

Ibu: Ayah yang beli..

Luthfil: Ooooo...ayah beli kat mana?

Ibu: Kat kedai laa...

Luthfil: Saya tengok macam api syaitan neraka jer...

Ibu: Ha???

(Dia tengok api biru yang kuar dari dapur tu...agaknya kat sekolah dia muallimah dia cakap, syaitan masuk api neraka..yang dia bila tengok api dikaitkan dengan syaitan api neraka..hmmm....)

Lepas tu ibu terangkan kat dia, "ini api dapur abang ngah...buat masak. Yang syaitan tu, masuk api neraka sebab dia tak dengar kata Allah. Sebab tu Abang Ngah kena dengar cakap ibu, cakap ayah, baru Allah suka, baru tak masuk api neraka". (ntah paham ke tidak tak tahu lah budak nih)

Luthfil: Oooo...saya tak nak masuk api neraka la..syaitan jahat!

Ibu: Dah, pegi mandi...

Luthfil: Tak nak lah!

Tengok tuh..baru je bagi tazkirah sket, tak mo dengar cakap ibu!

No comments: