Saturday, September 04, 2010

Asam pedas ikan parang+bendi, Peria goreng sambal, Ikan senangin goreng, air asam & salad

Tu dia menu semalam!

Actually, pada mulanya hubby telefon nak bagitau kawan dia lecturer dari UPM, Bintulu nak ajak dia berbuka kat luar. Sebelum sempat dia bagitau, dia tanya dulu ibu tengah buat apa. So, ibu cakap la yang ibu baru lepas masak asam pedas ikan parang and goreng peria sambal. Ini semua kesukaan hubby la..

Dan2 jer bila dengar ibu cakap masak asam pedas, dia terus cakap.."ini yang lemah ni bila dengar ibu masak best2....hmmmmm...let me think first..."

Dalam hati ibu.."mintak2 la tak jadi dia bukak pose kat luar. Tak best kalau hubby takde!

Nasib baik planning diorang tu tak jadi...hehehe...


Asam pedas ikan parang campur bendi. Resepinya akan ibu kongsi dilain hari yer.

Peria goreng sambal.



Ikan senangin goreng



Air asam @ sambal belacan



Salad





No comments: