Monday, September 27, 2010

Blogger kecil...

Sebelum ni ibu pernah citer kan yang antara port paling best bagi Wafa adalah dalam bilik study. Keterujaan dia makin terserlah apabila mendapati ada 'toy' yang dia boleh main. Agaknya dia heran kot kenapalah ibu ngan ayah selalu dok mengadap benda alah ni. So, dia pun nak explore jugak lah. Mari kita tengok apa yang dia dok buat.


"Apa yang ibu buat ni..banyak gambor food, rasa lapar lah pulak. Bila ibu masak food ni, ibu tak suap kat saya pun.."(merujuk kepada gambar ikan siakap masak 3 rasa)


"Click sket...what next. Syok gak click2 kat keyboard nih..ada nombor."


"Ha? Ada gambar best! Oooo...ibu ada blog! Patut la selalu melangut depan laptop...bukannya nak jaga saya..."


"Saya nak jadi blogger jugak lah buuu...boleh??"


(P/s: Dialog itu hanyalah rekaan semata-mata untuk disesuaikan dengan gambar...hehehe)

No comments: