Saturday, September 18, 2010

Kecoh betul...

Luqman

Semalam kan birthday ibu. Luqman @ Abang Long tak habis2 dok tanya mana kek besar ibu. Dia ni skema sket. Mesti nak perfect and proper kalau sesuatu perkara tuh. Alahai anak ibu nih...dah jenuh makan kek sebelum raya dan selepas raya. Dah 3 kali ibu buat kek, dia still dok tanya pasal kek lagi. Asal birthday jer mesti ada kek.

Atterr...nak wat camner..asal birthday jer mesti ada kek, mesti nyanyi hepi birthday...adohaiii..... kolesterol...kolesterol...

So, malam tadi dia dok bisik2 kat ibu. Hubby kat sebelah dok dengar. Ibu cakap, ajaklah ayah pergi belikan hadiah dan kek kat ibu...ader lak birthday girl yang kena prepared..huhu

Then, depa 3 beranak tu ke kedai malam tadi...kedai bawah jer lah...sib baik bukak.

Maka, berparti lah depa malam tadi sempena birthday ibu.

Parti jajan yang diletak dalam pinggan!

Hadiah pulak, kad ucapan birthday yang direka khas oleh Luqman dan ciuman dari anak2 tersayang.

.... Tiada yang lebih bermakna selain daripada kasih sayang keluarga tersayang.

No comments: