Monday, September 20, 2010

"kenapa kena pergi sekolah...?"

Ah! Psiko sat kami pepagi buta dengan karenah Luthfil hari ni. Malam tadi dia tidur lewat. Balik dari beraya kat rumah makcik hubby, kami singgah ke Giant membeli barang dapur. Sampai ke rumah dah dekat pukul 11pm.

Jam 12 lebih pun masih gak anak2 belum tidur. Masing2 terkebil2... Lepas kena sergah baru lah budak berdua tu diam.

Sudahnya pagi ni Luthfil mengamuk tak mau ke sekolah. Mengantuk katanya. Mulutnya bising dok tanya.."nape kena pergi sekolah..??" Huh..apa nak jawab ekkk...

Sekali kena mandikan dengan hubby...lagi la dia moody.

Then, tadi masa ibu hantar dia ke PASTI, dia menjerit.."saya nak pergi umah mama, nape ibu bawak sini..?" Dah masuk dalam pagar sekolah pun dia sempat cabut lari nak ke kereta semula. Siap kena kejar ngan muallimah dia.

Ish..ish...dah cuti 2 minggu semua dah liat nak ke sekolah yer..

Usahkan budak sekolah...yang kita pun mood nak kerja tu hilang je memanjang...hehehe
Pagi2 dah moody yer...

2 comments:

Hanis Azla said...

Anak i pun dr smlm dah moody x nak gi tadika pagi ni. Risau jgk. Tp nasib baik pagi td dia x buat hal. Lega...

[tErOmPaH bIrU] said...

huhu.. betol tu.. along pun baru masuk kerja balik hari nie tadi.. bila melihatkan kerja yang melonggokkk rasa nak sambung cuti balik jer ;P