Tuesday, September 21, 2010

Kerabu pucuk paku & tauhu telur

Kerabu pucuk paku


ANGGARAN BAHAN-BAHAN:

Seikat pucuk paku -potong dan dicelur sekejap
Tauge (anggaran 30-50 sen) - dibuang ekornya dan dicelur sekejap
1 labu bawang merah besar dipotong nipis
1 tangkai cili merah dipotong serong
3 tangkai cili padi dipotong serong
1/2 bj kelapa parut (kalau goreng lagi best (goreng sampai perang dan rapuh), then tumbuk sederhana halus)
Limau kasturi 5-8 biji (ikut tekak sendiri, nak masam tambah lagi)
10-15 ekor udang - dibuang kulit & stim
3 ekor sotong sederhana saiz -dipotong & stim
(kalau takde sotong / udang, boleh ganti dengan kerang rebus, time rebus takyah boh garam)
Gula, garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA:

1. Pucuk paku dan tauge yang dicelur tadi ditoskan, masukkan dalam bekas besar.
2. Masukkan bawang hiris, cili potong, kelapa, sotong, udang @ kerang, garam, gula, jus limau kasturi.
3. Gaul rata.
4. Siap!


Tauhu telur

BAHAN-BAHANNYA:

3 apa ek nak panggil...3 paket kot tauhu telur (cari yang ada tanda halal JAKIM)
4 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari
3 sudu sos tiram
1 sudu teh tepung jagung - dibancuh dengan 1/2 cawan air
lada hitam
Sayur fatt choy atau baby kailan

CARA BUAT:

1. Potong tauhu kepada 6 bahagian setiapnya (6 x 3 =18...heheh..ini pun nak tolong kira ker)
2. Goreng sampai perang. Angkat dan susun dalam pinggan.
3. Cincang bawang putih dan halia.
4. Tumis kan sampai naik bau.
5. Masukkan sos tiram, kacau, dan larutkan tepung jagung ke dalam 1/2 cawan air.
6. Masukkan ke dalam kuali, kacau sampai pekat.
7. Masukkan lada hitam.
8. Celur sayur sekejap jer.
9. Then aturkan bersama tauhu.
10. Curah bahan yang ditumis tadi ke atas sayur dan tauhu tadi.

Actually, first time buat dulu ibu tak letak sayur. Rasa macam tak puas makan..then malam tadi ibu buat sekali lagi tambah ngan sayur..lagi best!!

SELAMAT MENCUBA!

No comments: