Thursday, September 16, 2010

MC...

Setelah hampir 5 hari bergelumang dengan selsema, tengahari tadi ibu memutuskan untuk ke klinik. Itupun setelah dinasihati hubby beberapa kali.

Mulanya pagi tadi ibu ke kelas pukul 8am, ingatkan adalah student datang..seketul pun tak nampak batang hidung. Sakan sungguh mereka bercuti. Haaa...cuti la lelama, result midterm korang bukan main teruk lagi. Daripada 3 paper, 2 dah submit before cuti raya last week.

Petang tadi ke rumah adik di Shah Alam. Sambil pergi beraya, ibu pergi ambil kiriman dari kampung. Buah dokong yang sangat manis serta buah salak yang sangat masammmmm...huhuhu.

Dan tak lupa..yang paling penting adalah kiriman tempoyak satu tabung besar. Cukup stok setahun tuh... tempoyak ni khusus untuk dimasak bersama ikan patin. Kalau takde tempoyak memang tak kick..hehehe

16 September, cuti! Hoyyee...boleh golek2 kat rumah ngan anak2..takde nak pergi beraya ke mana2. Nak siapkan kerja yang belum beres.

Okeylaah..selamat menyambut HARI MALAYSIA. The next day is MY BIRTHDAY!!


No comments: