Friday, September 24, 2010

merayau??


Luthfil: "Ibu..nape Wafa ni asyik merayau jer...?"

Ibu : "Wafa kecik lagi...belum boleh berjalan. Luthfil dulu pun suka merayau jugak masa kecik2...."

Itulah pertanyaan yang pernah diajukan kepada ibu oleh Luthfil Hadi berkenaan adiknya, si Wafa. Memang sekarang ni Wafa tengah ligat ya rabbi...berdesup-desup dia merangkak ke sana sini. tu yang dapat kat abang2nya dikata merayau tuh. Selalu yang tukang kutip adalah abang long. Wafa lak suka menyelit nak join abang2 nya berdua tu main. Port paling dia suka adalah tepi peti ais, dapur dan juga bilik ibu. Kalau dapat buat sepah baju yang dah dilipat..huuuu..lagi syok. Dia selalunya akan test dulu samada orang larang atau tidak dia pergi ke sesuatu tempat. Then, siap lambai tangan 'bye-bye' kat orang. Sekarang ni dia dah mula bertatih, berdiri pun dah tak pegang apa2 lagi. Mungkin kalau banyak praktis berjalan, bulan depan dah boleh berjalan kot.

No comments: