Wednesday, October 27, 2010

bencana, cuti dan jalan2...

Sejak akhir2 ni cuaca agak tak menentu. Kadang2 panas membahang, ada ketika hujan turun mencurah2 diikuti ribut dan guruh petir kilat menyambar. Dunia semakin tua dan semakin menghampiri penghujungnya. Bencana di sana sini. Boleh dikatakan saban hari ada sahaja berita yang melaporkan musibah yang berlaku di dalam dan di luar negara. Tadi dalam radio ibu dengar hampir 50 buah rumah musnah disebabkan ribut yang berlaku di Perlis. Semalam ibu baca kat online berlaku gempa bumi kuat dan mengakibatkan tsunami di Indonesia. Semoga Allah melindungi kita semua daripada perkara2 yang tak diingini menimpa diri kita dan orang yang kita sayangi.

Wah...mukaddimah ibu hari ni skema sket..hehe. Ada half mood nak menaip. Maybe sebab keja menyemak assignment dah tinggal sket jer lagi nak habis. Semalam ibu EL sebab membawa Wafa ke klinik. Menjelang petang ke malam, muka dan badan dia keluar bintik2 merah. Ibu risau kot dia suspect denggi atau malaria. Kat kolej sekarang ni ramai student yang kena denggi dan malaria. Boleh dikatakan setiap hari ada jer orang dari kementerian kesihatan datang fogging nyamuk yang teramatlah banyak. Sebelum puasa dulu, dah ada anak staf yang meninggal akibat daripada denggi ni. Nurse2 datang melawat dari kelas ke kelas memaksa rela pelajar2 melakukan ujian darah sebab kedua2 wabak ni sangat merbahaya dan boleh mengundang maut.


Actually motif entry ni nak show gambar balik kampung tempohari. Bila tengok picture makanan tu rasa terliur lak. Bila la dapat balik kampung lagi.

25hb yang lepas, ma dan wan dah berangkat ke tanah suci Mekah. Alhamdulillah, termakbul doa ibu yang sentiasa mendoakan ma dan wan menjadi tetamu Allah tahun ini. Semoga mereka berdua diberi kesihatan yang baik untuk beribadah kepada Mu ya Allah, dan mendapat haji yang MABRUR.


Seperti biasa kalau kami balik kampung di Besut, kami memilih jalan Kuantan-Kuala Terengganu menyusuri pantai dan bandar. Kali ni Erie ikut sama. Sebelum sampai di Kuala Terengganu kami decided nak breakfast dulu. Cari nasi dagang, nasi kerabu, nasi impit atau apa sahaja masakan istimewa ganu kiter!


Nampak jer keropok lekor ni dah tak pikir panjang..hehehe..padahal tak berapa best pun jika dibandingkan dengan keropok lekor yang kami beli kat Seberang Takir masa perjalanan balik ke KL tempohari. Namun, oleh kerana baru sampai ganu, bedal je la mana lalu depan mata dulu...harga 4 singgit.

Comel kan? Tengok daun pisang pun dah best...


Kat kedai ni diorang hidang kuah main pakai periuk jer...buat macam kat rumah sendiri, cedok kuah macam banjir. Kalau muka tak malu silalah tapau kuah ni..hehehe..


Tu dia..nasi dagang kukus berlaukkan ikan aya @ ikan tongkol. Hubby yang tak makan ikan tongkol pun belasah gak sebungkus.


Yeahhh...pulut panggang kesukaanku. Yang bestnya sebab inti dia sambal ikan, bukan macam kat sini, pakai inti kelapa..tak best langsung. Tapi sambal ikan dia cinonet sket jer..huhu



Nyum..nyummm..best sesangat! Harga 40sen sebijik.



Lepas makan kita jenjalan kat bandar kuala terengganu. Nampak sangat jarang balik kampung (kali ke2 balik utk tahun 2010) sampai ada batu bersurat kat tengah2 bulatan ni pun ibu tak perasan.


2 kali hubby buat pusingan semata2 sebab nak amik gambar ni..sib baik takde banyak keta sebab hari masih pagi..hari Jumaat terengganu cuti dong!


Kami dah 2 kali menginap di hotel ni..first time tahun 2002, 2nd time 2 tahun lepas kot. Jarak masa lebih kurang 5-6 tahun gak la. Yang hampess nya menu bfast dia dari tahun 2002 hingga 2008 tak berubah! Len kali dah takmo dok hotel nih..makanan tak best langsung!

Tak tahu apa nama building nih. Nampak interesting rekabentuk dia.

Terletak di susur jalan nak ke Pasar Payang. Tepi jeti mengadap laut.


Akak baju merah sedang tawar menawar ikan. Harganya not bad la...lebih kurang macam harga kat KL jer..huhu. (Rupanya barang2 kat Pasar Payang memang mahal beb!)

Cuba teka ikan apa?? Bawal hitam???Ibu pun tak tahuuu...kekeke..


Ikan kerapu..goreng pun sodap!


Pasar Payang tepi laut.
4 beranak yang belum mandi...bau pun dah macam ikan daaa...hehehe

No comments: