Wednesday, October 13, 2010

Mood ke lauttt...

Al kisahnya bermula semalam bila ibu meluahkan rasa terkilan dengan student2 ibu yang tak berapa serius nak belajar. Nih bukan budak diploma, bukan budak junior. Ada yang dah kawen pun, ada yang repeat, ada yang super duper senior jugak!

Yang sedihnya budak2 yang sebangsa dengan ibu. Mungkn niat ibu nak menolong yang menggunung tetapi di pandang sepi oleh mereka membuatkan ibu rasa sangat terkilan. Tak apalah...ibu tak rugi apa2 pun, yang rugi adalah mereka yang tak pandai mengambil peluang yang terbuka di depan mata. So, ibu harap mereka tak lagi memberi alasan yang pelik2 bila gagal perform dalam tugasan 2 nanti. You deserved what you deserved! I dont care...

Habis cerita pertama.

Cerita kedua pulak malam tadi. Ibu buat replacement kelas untuk student2 foundation dan diploma. Seperti yang dimaklumkan 2 minggu sebelumnya, malam tadi slot class lecture diadakan quiz untuk mereka. Tak semua yang datang. Dalam masa tunggu bilik penuh, pelajar2 masih lagi study last minute. Soalan simple jer..nama pun quiz kan.

Nak dijadikan cerita, ibu terpandang sorang pelajar perempuan ni sedang baca note sambil menulis sesuatu di atas meja. Then, ibu angkat kening (hint: buat apa tu?) dengan harapan dia faham itu adalah warning jangan cuba buat sesuatu yang salah. Tapi dalam pada dia dok jeling2 pandang ibu, dia masih lagi rancak menulis. Kawannya kat sebelah dah dok bisik2 sesuatu kat dia.

Tiba time nak mula jawab quiz, ibu mintak dia pindah tempat duduk di depan sekali. Sebelum mereka mula menjawab, ibu ulang sekali lagi kepada semua jangan cuba nak menipu, meniru, berbincang atau apa sahaja yang boleh membuatkan ibu memberi markah 0. Oleh kerana quiz kat kelas, banyak lah yg tetiba jd mata juling dok pendang kiri kanan.

Masing2 terkedu sebab tetiba jer ibu agak serius kali ni. Selalu boleh senyum2, gelak2 lagi. Jangan ko coba menjolok sarang tebuan ya!

Tak sampai 10 minute budak pompuan tu jawab, dia keluar sebab katanya dah siap. Bila ibu check kat meja dia, memang ada toyol melekat kat situ. Rupanya kawan sebelah dia dah warning, "madam dah tengok tu, jangan la buat..". Ha..amik kau! degil! So, semua kena grounded ngan ibu. Sorang buat hal, semua kena..huhuhu..

Malam tadi pulak tak boleh nak tidor. Selain dari berjaga malam sebab cik Wafa asyik merayap sampai jatuh katil, ibu tak boleh nak lelap mata akibat minum kopi kapal api sekoyan! Sampai habis movie HBO ibu layan..Jam 2.30 pagi tak tido2 lagi. Itu yang bangun pagi ni badan lemau, mata ngantuk.

Then, bila masuk kelas kol 8 pagi tadi, hanya ada 7 orang budak diploma yang hadir.7 from 40+ okey. Ni kes nak boikot kelas ke atau kes tak bangun lagi tak tahu lah. Ingatkan dah tobat lepas kena sound semalam, rupanya makin parah. Sebelum start kelas, ibu mintak budak yang dok belakang kunci pintu sementara ibu kunci pintu depan. Ha..seee...dah kecut perut kan!

Setelah ibu habis lecture jam 9.35am, ada sorang budak HND baru datang kelas. Kalau setakat datang nak bagi tandatangan, no thanks! Dengan segala hormatnya you boleh balik sambung tidur...ngengenge!

I want to see how far they can go!

By hook or by crook, I want to see your assignment 2 on my table before or on 20 October 2010 before 5pm!

Ader akak kesah!

3 comments:

QERY HASAN said...

I punye quiz..open book test..

cucutokputeh said...

bekengnyo madam ni...kecut perut la budok2 pahni...but they deserve it...

WanShila said...

erie: kalau buat open book test..hmmm..lagi ke laut dalam kottt. Yang dah ada jaw depan mata pun kdg2 merepek.

cucutokputeh: sekali sekala kena bekeng..kalau tak bekeng, depa byk main..hehe