Monday, November 29, 2010

Mee Kari Special

Sabtu. Ibu keboringan. Hubby ke fakulti.

Sambil melayan si kecil, ibu ke dapur mengoogle peti. Dalam kepala sedang mengingati resepi mee kari hasil perguruan dengan Cik Hasyim, bapa saudara hubby di Kajang yang memang super duper best mee karinya. Asal pergi jer ke rumah dia, kami request mee kari sebagai juadah istimewa. Nah...sekarang ibu cuba memasak sendiri mee kari hasil perguruan empat mata dengan sifu mee kari.

Bahan-bahan:

1 labu bawang merah besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 helai daun kari
2 helas daun pandan
3-4 sudu besar serbuk kari
3/4 cawan santan pekat
3 biji keledek sederhana kecil
1-2 biji kentang
1/2 ekor ayam dipotong kecil
1 kilo kerang direbus dan diambil isinya
3 batang fish cake
10 biji tauhu kering bulat
Sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
Sebungkus mee (dicelur)

Bahan hiasan:

Sawi pendek (celur)
Taugeh (celur)
Bawang goreng
Telur rebus
Daun sup dan daun bawang
Cili hijau dan cili merah

Cara buat:

  1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih bersama bawang merah, bawang putih dan halia (dikisar/mayang terlebih dahulu).
  2. Masukkan daun kari dan daun pandan.
  3. Setelah garing tumisan, masukkan serbuk kari yang dibacuh dengan sedikit santan dan air. Kacau sehingga betul2 garing dan naik bau.
  4. Masukkan ayam. Biar seketika sehingga ayam masak. Masukkan kentang yang dipotong dadu kecil.Boleh tambah sedikit air.
  5. Blend keledek yang telah direbus terlebih dahulu. Masukkan ke dalam periuk kari tadi.
  6. Masukkan isi kerang, fish cake (hiris) dan tauhu kering yang dipotong 2. Biarkan seketika.
  7. Masukkan santan pekat, tambah air (mengikut kesesuaian kepekatan-lupa lak den nak sukat)
  8. Masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  9. Siap untuk dihidang dan SELAMAT MENCUBA!


Sedap dimakan di waktu petang


Mee kari special

Bukan main masak2!

Kasihan melihat hubby yang tak menang tangan dengan kerja-kerja yang semakin menimbun. Belum pun siap jawab CE, dia bizi pulak dengan preparation untuk conferens di Brunei dari 13-16 Disember depan. Walaupun dia dah kerja seharian di lab, bila balik ke rumah pun dia akan sambung lagi. Pendek kata walau hujung minggu dia terpaksa ke fakulti dan tinggallah kami berempat di rumah. Kadang2 bertanya juga budak2 tu ke mana ayah mereka.

Salah satu kerja yang mengambil masa yang agak lama untuk dibuat adalah menimbang baja. Dulu, masa hubby cakap 'timbang baja', ibu imagine yang dia guna cangkul atau penyodok untuk kaut baja then timbang. Rupanya 'timbang baja' yang dimaksudkan adalah menggunakan alat penimbang cinonet jer. Camner lah ibu takleh terpikir..huhu.

Oleh kerana dia tak menang tangan nak buat semua kerja, dia serahkan tugas menimbang baja ni pada ibu. Round pertama...ya rabbi..lambat nyer timbang satu-satu dengan memastikan sukat dengan timbangan yang betul. Kalau banyak2 takpe..ini ada yang kurang dari 1 gram, ada yang lebih 2 gram...ada perpuluhan lagi...adehhh...ngantuk gilosss.. itu belum lagi sakit pinggang, sakit bahu dan sakit tengkuk, sebab dok menunduk jer. Kipas tak boleh pasang sebab alat penimbang sangat sensitif dengan pergerakan.

Urea, MOP & TSP


Perlu pastikan dalam sukatan yang betul


Alat penimbang




Sebagai permulaan ibu berjaya menyiapkan 2 bungkus yang setiap satunya berisi 44 paket. Rupa2 ibu silap packing dengan memasukkan ketiga2 baja ke dalam paket yang sama. Baja urea tak boleh dimasukkan sama dengan MOP dan TSP kerana ia akan memberi effect kepada bahan lain. Grrrrr...arahan tak jelas. Terpaksa packing semula!

Saturday, November 27, 2010

Time to walk!

Alhamdulillah...syukur kepada Allah. Wafa Aleesya sudah boleh berjalan. Jika sebelum ini hanya 3,4 langkah sahaja dia menapak kemudian jatuh, tapi sejak 3 hari yang lepas, dia sudah boleh berjalan jauh sebelum jatuh. Bila dia berjalan still macam robot sebab nak imbangkan badannya yang tinggi lampai itu.

Mummy bear and baby bear kesukaan Wafa Aleesya


Kiss!


Kiss..kiss..kiss.





Huhu..beriya dia cium mummy bear


Friday, November 26, 2010

Will mother kick the baby bird out??

Alangkah bahagianya hidup jika hari-hari dapat bersarapan best macam ni. Rendang daging dan nasi impit ni dibawa oleh officemate. Memang kekenyangan sungguh kami. Dapat jugaklah ibu merasa daging korban tahun ini. Thanks to Ati yang bawak daging korban dari kampung and Kak Normah yang tukang masak. Superb!






Rendang daging yang super best!

Sambil bersantai makan2 (mentang2 lah takde kelas, student tengah semester break sampai Dis), biasanya ada sahaja perkara yang dibualkan. Bukan ngumpat..hehehe.

Kak Normah bercerita, suatu hari boss panggil dia mengadap dan menegur supaya datang awal ke office pada hari Isnin. Kak Normah memberi alasan yang pada hari Isnin dia terpaksa menghantar anak2 dia ke bus stop sebelum berkejar datang ke tempat kerja. Jika hari lain dia takde masalah untuk sampai awal.

Lalu berkata lah si boss tadi.."They are big enough to take care of theirself. Don't pampered them too much. They should take care of you, not you take care of them. If you see the bird, the mother will kick the baby bird from the nest to teach them how to fly".





Some of the parents especially mother feels that their children still a baby. Walaupun anak-anak sudah matured, sudah bekerja, sudah berumahtangga..tetapi di mata mereka, anak-anak tetap 'baby' sentiasa. But, at the same times as a parents we need to give our children a chance and opportunity to them to show their potential and more independent. Pujangga pernah berkata.."if we give a boy a fish, we just just feed him for a day..but if we teach him how to fish, we feed him for a lifetime".

For analogy, we know the birds born to fly. At the same time birds in the nest need to learn how to fly..and how at a certain point the mother will kick them out of the nest. She doesn't just keep bringing these litle baby birds food for the rest of their life, even though she loves them so much. She knows that at a certain point they have wings. And that learning to fly takes instinct and practice.


Thursday, November 25, 2010

Puzzle oh puzzle...

Mencantumkan jigsaw puzzle adalah salah satu daripada hobi ibu. Lagi susah nak buat, lagi ibu suka. Sampaikan kadang-kadang tak lelap nak tidur selagi tak dapat buat. Pernah addict jigsaw suatu ketika dulu...hehehe. Oleh itu, bagi memastikan rutin harian tidak terganggu dengan hobi (gila) mencantum gambar nih, ibu akan pastikan semasa concentrate buat tu ibu takde kerja urgent. Tak syok buat sekejap2.

Puzzle ni ibu kirim kat Erie yang kebetulan masa tu pergi merendek kat MidValley. Dia siap MMS lagi tanya nak gambar apa. Dengan confidentnya ibu jawab, "lagi complicated lagi bagus" *poyo*.

Sudahnya, sampai ke sudah tak siap2. Part paling susah adalah bahagian awan..memang mencabar minda. Dah pernah ajak hubby buat, paling2 dia buat 2,3 ketul ajer (sajer nak amik hati den la tuh). Lagi bertambah tension bila Si Luqman dan Luthfil dok pressure tanya bila puzzle ibu nak siap! Adeeiii...terus i bungkus masuk kotak balik!

Gambar lawa sih. Ni kes terpengaruh dengan citer Korea la nih. Pilih gambar pun macam istana Takeshi jer.


"Get set!"


Langkah pertama: cari part tepi dulu


Buat frame. Hok ni tak sampai 10 minit dah siap.


Ni berapa hari punya kerja ni...kalau tak silap perkiraan, ada la kot 2,3 minggu.


Part awan paling mencabar sebab semua nampak sama jer..den pun mula lah...


...telek2, belek2...last2 masuk kotak balik. Entah tahun bila nak bukak balik, cantum, frame dan gantung!

suatu ketika dahulu...

Sesungguhnya aku begitu 'kerdil' pada suatu ketika dahulu..lebih tepat lagi 16 tahun dulu! Oh my God!

Ibu ingat lagi gambar ini diambil semasa ibu bersama keluarga menghadiri Hari Keluarga MDB (tempat ayah kerja). Time ni ibu tengah tunggu SPM tahun 1994!


Mak aii..dulu2 dah glamer pakai sandal tinggi. Ko adoo??hahaha


Muda belia gitew~Pakai track bottom MRSMKT tuuu...

Sup ayam pencen

Apabila dah hari-hari memasak, kadang-kadang tukang masak amatur ni kekeringan idea nak masak apa untuk juadah makan malam keluarga.

Lalu, otak mula memerah idea..mau masak apa yer. Jengah kat peti...ada ayam pencen aka ayam telur yang dibeli hujung minggu lepas. Semasa beli, perancangannya nak buat rendang. Tapi serai lupa pulak nak beli. Nak dimasak kari, semalam dah makan makanan bersantan. Tak boleh jadi ni...kesihatan perlu diutamakan.

Godek2 dalam box sayur, okey..ada daun sup. Maka projek membuat sup ayam pencen pun bermula. Ayam yang keras kematu dikeluarkan dan dibiarkan diluar seketika. Kemudian direbus hampir 2 jam lebih bersama2 dengan halia muda.

Nah! Sup ayam pencen koboi pun siap untuk dihirup.




3 kali Wafa makan malam tadi penangan sup ayam pencen ni!

Wednesday, November 24, 2010

Sexual harassment!

Selalunya kalau ada isu2 (baca: gossip) kat office ni, ibu lah orang yang paling last dapat tahu. I kan low profile orangnya (baca: bukan bizi body)...hehehhe [poyo ;)]

Baru2 ni ibu dapat tahu yang bekas rakan sekerja (dia dah resign pun) telah diganggu oleh seorang rakan sekerja lelaki. Depa ni satu office lagi. No wonder la, my friend tu berpindah bilik ke blok sebelah. Bila ibu tanya kenapa berpindah..dia cakap sebab rimas. Ibu ingatkan rimas sebab ramai sangat lecturer import dari negara Shah Rukh Khan nun..tau2 jer lah depa kalau bersembang. Buat macam takde orang lain kat sekitar dia..suara ke main kuat.

Rupanya kawan ibu ni telah diganggu oleh seorang mamat yang layak digelar pakcik. pakcik ni pun dah kawen (tapi tinggal berjauhan dari keluarga). Lebih hot lagi, pakcik nih sanggup pay off kat husband kawan ibu nih. Oh my Goddd..aku ingatkan artis jer yang buat kerja lagu ni. Ko kaya ke nak bayar berapa juta???

Dek kerana tak tahan diganggu, kawan ibu ni telah report kat big boss. Ha..amik ko tak pasal2 kena mengadap. Menjawab la nampaknya.

Now, pakcik tu masih dok mencari2 dan bertanya pasal kawan ibu nih yang dah bertukar tempat kerja tetapi masih menetap sekitar sini.

Ibu: macam2 hal sekarang nih..pelik tapi benar.

Yang rapuh kan terlerai juaaa...

Semalam petang ibu ber'sms' dengan my sis bertanyakan bila nak datang ke rumah kami lagi. Dia replied, cik abangnya bizi walaupun dihujung minggu. Kerja pulak 12 jam sehari. Sekejap2 jer ada kat rumah sampaikan anak selalu mencari.

Ibu replied balik..."bizi dengan kerja ke atau bizi benda lain?" (kes ada record kurang baik sebelum ni lah). My sis cakap tak tahu lah tu and bla..bla..bla..(panjang sms nya). Bila dia mintak pandangan ibu, I said; "Don't hold to tight, at the same time don't let him fly too high". Kadang-kadang kita kena simpan sedikit kepercayaan untuk diri kita supaya kita tidak terus jatuh terduduk apabila mengetahui perkara yang tidak disangka menimpa kita. Bertahun ditipu hidup-hidup, bukannya boleh dipadam sehari dua. Forgive but tidak semestinya forget.."

Tup2 dia bukak cerita yang jiran lama dia yang dah punya 5 anak bercerai. Kali ini si isteri yang buat hal, ada affair dengan ex boyfriend. Lepas habis eddah awal bulan November baru2 ni terus menikah di Siam. Makkkk... den terkejut la jugak! Bekas husband and wife tu sempat ibu kenal sebab dulu ibu pernah menumpang rumah my sis masa habis belajar kat UPM.

Dalam masa yang sama ibu musykil jugaklah...macammana seorang ibu sanggup meninggalkan anaknya yang masih kecil untuk bersama dengan seorang lelaki tu (dengarnya penagih). Tapi bak kata orang tua-tua..cinta itu buta kann. Sekarang ni kesemua anak2 tinggal dengan bekas suaminya.

Ibu: Alang-alang nak kawen lagi, kalau dapat jutawan tu kira berbaloi la jugak boleh menumpang harta. Kalau kawin dengan penagih dadah, harta awak yang dia tumpang..silap haribulan dia naik kaki dan tangan. Nauzubillah.

Garden hubby...

Anak pokok jagung yang dah mula tumbuh


Menggunakan kudrat tulang empat kerat hubby


Semoga pokok jagung membesar dengan baik dan research hubby success!


Tak sabar kami tunggu bulan Februari tahun depan nak makan jagung nih!!

Tuesday, November 23, 2010

Kisah sebuah misteri...jeng!jeng!jeng!

Sebelum ibu mengupas tajuk di atas, ingin ibu meluahkan ketraumaan ibu sekali lagi yang nyaris2 kena langgar dengan sebuah kereta kancil warna oren yang dipandu laju oleh seorang wanita yang baru lepas dapat lesen terbang dan dalam keadaan mabuk pagi @ morning sickness!! Dalam kawasan perumahan pun nak merempit ke cik kak oiii??? Petang ni balik kerja ibu nak pergi usha dia tinggal kat mana. Senang ajer nak carik kereta kancil warna oren tuh. Bila jumpa ibu nak bagi tazkirah sikit tentang memandu secara berhemah dan jangan makan jalan orang. Kes kemalangan dulu membuatkan ibu lebih berhati-hati. Walaupun kita dah sebaik mungkin berhati2 tetapi kadang2 manusia suku masak macam ni lah yang selalu menyusahkan orang lain.



Okeylah..berbalik kepada tajuk yang di atas, kisah misteri ini berlaku kepada hubby malam tadi. Pada petang semalam, hubby sms ibu memberitahu yang dia akan pulang lewat sebab ada kerja di lab. So, ibu pahamlah kalau dia kata lambat balik, maknanya kami kena dinner dulu sebab dia akan sampai ke rumah around 10pm.

Tup2 kol 9pm, dia dah terjengul depan muka pintu. "Aikkkk! Abang kata nak stay kat lab?" Ibu bertanya kehairanan. "Ada 'benda' suruh abang balik". Hubby menjawab sambil tersenyum penuh makna. "Ha??'Benda'?? Benda apa? Abang ni biar betul.. Aman, check ayah ni, entah betul ayah ke apa?" Ibu dah naik seriau walaupun dalam nada bergurau. "Try tengok kaki ayah pijak ke lantai ke tidak?" Si Luqman macam biasa la...blur tak paham apa yang ibu cakap..huhuhu.

Then, hubby mula bercerita. Dia kat lab tengah buat kerja sensorang. Masa tu dah maghrib tetapi dia masih belum solat lagi sebab nak abiskan dalam 2,3 minit lagi. Tiba-tiba.....jeng!jeng!jeng! Hidungnya menghidu satu bau yang cukup menyeramkan! Bau apa???? Yaa...walaupun hidung hubby agak tersumbat waktu itu, tetapi hubby telah tercium bau kapur barus yang agak kuat. Bulu tengkuknya dah berdiri tegak. Ini tak boleh jadi ni. Dalam hati dia dah menyumpah sebab benda tu datang mengacau (masa ni ibu perli, 'dia' suruh abang stop pergi maghrib dulu kot..maghrib dah nak habis..hehehe).

Hubby tak tunggu lama, terus dia ke office yang terletak bersebelahan dengan lab dan terus solat maghrib. Baca surah sebijik2 ko. Hahaha..nasib baik jugak kat dalam office dia tu ada tempat angkat wuduk. Agak2nya kalau kena masuk toilet, benda alah tu dok bertenggek kat atas sinki atau belakang pintu toilet..erkkkk...meremang doh bulu roma den!

Lepas solat mulutnya dah terkumat kamit baca macam2 surah. Kononnya nak jaga air wuduk supaya benda tu tak kacau dia. Belum sempat melangkah keluar lab (nak keluar dari tempat tu kena melalui lab tadi..huhu) dia dah terkentut! Pulak dah!

Untuk ke kereta, hubby terpaksa melalui belakang blok yang mana terdapat pokok2 besar yang agak menyeramkan. Tau2 ajer lah UPM, Fakulti Perhutanan pulak tuh! Erkkk..memang scary betul lah. Tambahan pulak fakulti sunyi sepi sebab budak2 sedang cuti semester. Tinggal dia sensorang dalam sebesar2 blok tuh. Ibu tanya, takde 'orang' tunggu ke kat belakang tempat parking kereta tu? Fikiran ibu dah terbayang macam2 rupa jer...hehehe..kot benda tu tengah melepak anak beranak dia kat bawah pokok ke, atas bumbung kereta ke..tak ke haru?

Bila hubby masuk je ke dalam kereta, terus zapppp hilang meremang bulu tengkok dia. "Abang tak pandang belakang ke?" Hehehe..."Entah..terpikir gak masa letak beg tu, tapi baca jer ayat kursi"..kuikuikui.

Macammanalah agaknya kalau time2 kritikal macam tu, kereta pulak buat hal takleh nak start? Oh my God!! Mintak jauh laa...then, tengah dok godek2 kat bonet kereta, ada orang menyapa..."keta rosak yer bang??" (macam dialog aziz satar dalam seniman bujang lapok tuu..). Agak2nya hubby nak tunggu situ lagi tak ekk.....agaknya benda tu nak suruh hubby balik sebab depa nak 'main' (malam kita, siang dia).

Begitulah kisah misteri nusantara yang berlaku kat hubby malam tadi. Agaknya lepas ni dia dah serik nak stay sensorang lagi. Hubby cakap, dia tinggalkan meja kerja kat lab tu bersepah tak sempat nak kemas. Huhuhu..punyalah menyeramkan. Dan rupanya ada jugak pensyarah lain yang pernah kena. Katanya rasa 'besar' semacam jer kepala. Kekeke..lepas ni sapa pulak yang kena!




Khasiat Pokok Selasih

Pokok selasih yang terdapat di garden kami

Sudah mula berbunga




Lagi cerita tentang khasiat pokok selasih. Thank you en google kerana menemukan artikel yang berguna ini. Sama2 lah kita berkongsi info mengenai khasiat pokok selasih. Selamat membaca!


Pokok selasih banyak khasiatnya


Masyarakat Melayu, India dan Cina sama-sama manfaatkan kebaikan selasih

Oleh
Noor Hasnah Adam

AIR katirah dan bulan Ramadan memang sinonim sekali di Singapura. Bila tiba bulan Ramadan, air katirah akan dicari orang ramai.

Air katirah bukan sahaja dapat melegakan dahaga bahkan mempunyai khasiat yang tinggi untuk memberi tenaga pada tubuh badan.

Antara ramuan air katirah ialah buah semangkuk, buah katira, gajus, kismis, kurma, agar-agar, badam, halwa kabung, susu dan beberapa bahan lain. Paling menarik, air katirah tidak akan lengkap tanpa biji selasih.

Selasih atau nama saintifiknya Ocimum Sandium atau bahasa Inggeris disebut basil, tergolong dalam keluarga Lablatae. Masyarakat Melayu turut menggelarnya ruku-ruku atau ruku hitam.

Spesies pokok ini sebenarnya berasal dari negara beriklim panas seperti India, benua Asia, Afrika dan Amerika Selatan. Dipercayai, pedagang India telah memperkenalkan dan membawa selasih ke rantau ini.

Selasih adalah sejenis tanaman semusim yang tumbuh menegak dengan ketinggian antara 30 hingga 90 sentimeter.

Batangnya bersegi dan berwarna sama ada hijau, ungu atau perang. Daunnya berwarna hijau pekat, tunggal dan berbentuk bujur telur. Di rantau ini pada kebiasaannya, pembungaan bagi tanaman daripada biji benih bermula selepas lebih kurang 75 hari selepas di tanam ke ladang.

Bunganya terdapat di bahagian hujung batang dan dahan pokok. Kelopak bunganya berwarna hijau keunguan dan bahagian atas bunganya berwarna putih atau merah jambu pucat.

Keseluruhan bahagian tumbuhan boleh mengeluarkan bauan yang sangat beraroma. Namun bauan itu juga boleh memabukkan.

Pokok selasih tumbuh dengan baik di kawasan beriklim tropika. Biasanya masyarakat India menanam pokok ini di halaman rumah dan kuil.

Golongan tua biasanya memakan pucuk dan daun muda selasih sebagai ulam.

Aroma selasih pula digunakan sebagai perasa dalam makanan manakala biji selasih dibuat minuman.

Minuman selasih dipercayai dapat menyejukkan badan.

Di India, selasih mempunyai nilai perubatan yang tinggi dan menjadi bahan keagamaan serta kepercayaan.

Masyarakat India mengenali tumbuhan selasih ini sebagai 'vishnu priya'. Penggunaan selasih amat penting dalam sistem perubatan Ayurveda masyarakat India dan perubatan Jiu Cheng Ta masyarakat Cina.

Dari sudut saintifik, kajian menunjukkan bahawa daun selasih dapat meningkatkan atau mengembalikan selera, membuang angin dalam perut dan usus, juga membuang hingus dan lendir dalam sistem pernafasan.

Jus daun selasih boleh menjadi penawar kala jengking dan patukan ular, meredakan sakit perut dan mengurangkan tahap gula di dalam darah.

Air rebusan daun selasih boleh digunakan untuk berkumur bagi mengurangkan sakit gigi.

Bagi masyarakat Melayu pula, daun selasih dimakan atau air rebusannya diminum untuk mengurangkan batuk.

Jika demam, daun selasih yang ditumbuk lumat perlu ditampal ke dahi untuk mengurangkan panas dan sakit kepala.

Biji selasih pula digunakan sebagai tonik untuk menjaga kesihatan badan.

Minyak pati yang dihasilkan melalui pengekstrakan daun dan bunga selasih digunakan dalam industri minyak wangi, farmasiutikal, aromaterapi dan makanan dengan memanfaatkan bauan dan perisa yang asli.

Masyarakat Melayu percaya bahawa minyak selasih dapat mengubat sakit telinga, sakit kulit dan turut menjadi pencegah serangga.

Tanaman selasih mempunyai berbagai-bagai kegunaan bukan sahaja di Asia bahkan di Barat. Di Amerika pula disebabkan kecantikan dan bau yang menarik, beberapa baka terpilih telah jadikan sebagai tanaman landskap dan tanaman hiasan.

Dalam pantun-pantun Melayu, banyak mengaitkan 'selasih' dengan hubungan kasih sayang;

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan;
Hilang emak hilang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan.

Batang selasih permainan budak,
Daun sehelai dimakan kuda;
Bercerai kasih bertalak tidak,
Seribu tahun kembali juga.

Dalam sastera rakyat Asal Usul Danau Maninjau, ada disebut pantun berikut;

Sudah lama merendam selasih,
Barulah kini mau mengembang;
Sudah lama kupendam kasih,
Barulah kini bertemu pandang.

Selasih turut menjadi nadi dalam lirik-lirik lagu terkenal seperti yang dinyanyikan oleh Ahmad Jais dan Allahyarhamha Rafeah Buang;

Kutanam selasih
Kutanamkan di hujung halaman
Mengenangkan kasih wahai sayang
Yang aku tinggalkan....

Ternyata, tanaman selasih yang kaya dengan khasiat perubatan turut menerbitkan hubungan rapat dan kasih sayang antara manusia Melayu dengan tumbuhan itu. Semuanya jelas terpancar dalam pantun-pantun dan sastera Melayu.

Monday, November 22, 2010

tak sempat lapar...

Ini gambar kerabu pucuk paku yang ibu buat bulan pose dulu. Kali ni tak letak udang dan sotong tapi letak kerang.


Hari minggu merupakan hari yang paling ditunggu oleh ibu. Hari untuk bersantai bersama keluarga terchinta.

Pagi2 lagi ibu bangun dan bersiap untuk ke pasar. Kali ini ibu pergi sensorang jer. Hubby kat rumah dengan anak2.

Dalam kepala masih belum ada senarai barang apa nak beli, main ikut apa yang ada dijual jer lah..yang tak dijual camner nak dibeli ye tak? huhu

Ibu pergi ke pasar Mantin jer..malas nak bersesak cari parking di pasar pagi branang. So, bila ternampak ada pucuk paku, terus rembat beli. Dah ada idea nak buat apa...ya kerabu pucuk paku! Ada seikat ajer. Biasa beli 2 ikat kalau nak buat kerabu. Maka datang lah idea camner nak bagi sedap dan banyak. Maka jadilah kerabu pucuk paku+pegaga+taugeh+kerang+bunga kantan+kelapa...sedapp bebeh!

Petangnya angin rajin datang lak nak buat laksa Penang. Hubby cakap, tak sempat nak rasa lapar..hehehe. Ibu smsed kat Erie kalau nak makan laksa, mai la ke Mantin. Bizi katanya, so tak merasalah dia laksa penangku.

Petang ni kalau sempat nak buat bubur kacang lak. Nak makan bubur jagung, jagung kat kebun hubby belum berbuah lagi...kena tunggu bulan Februari tahun depan la nampaknya.

dulu2....


Melihat gambar2 dulu2 membuatkan ibu tersenyum jer. Ye lah..dulu kat univ. memang aktif tak hengat. Ada jer kerja nak dibuat. Ibu tak boleh kalau seharian tak buat2 apa2..terasa hidup tidak produktif.

Berikut ialah 3 keping gambar yang ibu cilok dari fb kengkawan 2nd yang mana ada muka ibu. Lihatlah betapa slimnya i dulu2...yohooo...(sekarang pun slim jugak (tipu jer). hehehe.


Masa ni kursus retreat MTM di Merapoh kalau tak silap. Dok dalam hutan di kaki gunung. Yang paling best adalah makan. Makcik catering tu masak memang sedap tak hengat. Lauk kampung. Part yang paling tak best adalah banyak nyamuk! dan takde letrik takleh nak iron baju!

Bergambar kenangan sebelum berangkat ke Cameron Highlands untuk retreat MTM tahun 1999. Masa ni ibu 2nd year diploma and 1st year dalam board MTM as Pengerusi Penerbitan 1. Best stay kat SRi JUliana Chalet. Yang paling takleh lupa makan sayur yang fresh dari ladang dan kutip ulam pegaga kat tepi2 jalan walau sejukkkkkk sangat masa tu.



Bergambar kenangan di post Taman Negara, Merapoh sebelum menaiki pacuan empat roda. Di sepanjang perjalanan ke kem, berpeluang melihat tahi gajah..erkkkk..gajah tak pulak nampak kelibatnya.

gardening...

Pokok selasih yang sedang berbunga


Ibu tak tahu nama pokok ni apa, tapi bunganya digunakan untuk buat nasi kerabu (bunga biru purple)

Pegaga

Entry ni takde kena mengena dengan Seoul Garden yer..Its just cerita hobi baru ibu iaitu gardening. Tempohari ibu cerita dah clearkan tanah di belakang rumah, dah ditabur dengan benih cili. Semalam petang kami bergotong royong mengerjakan tanah di halaman pulak.

Actually hubby dah keluarkan beberapa pokok tanaman dari pasu ke tanah, sekejap jer pokok2 tu membesar terutamanya pokok selasih. Pokok selasih diberi oleh Kak Ida selepas kami pindah ke Bayu. Ibu pun first time tengok pokok nih. Selalu dok dengar pantun empat kerat jer.

Nasi lemak buah bidara
Daun selasih hamba lurutkan
Hilang emak hilang saudara
Kerna kasih hamba turutkan

Menurut seorang professor di Fakulti Perhutanan, UPM merangkap boss hubby, pokok selasih boleh digunakan untuk menghalau serangga. Baunya memang agak pelik sedikit. Kalau orang Johor, diorang masukkan daun selasih ni sebagai ulaman di dalam masakan laksa Johor. Errrkk..tapi ibu dah pernah try untuk makan, tapi cannot go lah sebab baunya yang agak kuat. Patutlah serangga pun tak suka bau daun selasih. I will try to put in the bottle and spray di tempat2 yang banyak semut kat dalam rumah tu. Maybe ianya juga berkesan untuk menghalau nyamuk dan lipas.


Friday, November 19, 2010

Kepada 'sesiapa' yang berkenaan...

Sila tukar display image YM anda yang 'terlampau' tu..walau anda offline tetapi masih lagi boleh dilihat oleh sesiapa sahaja..

berkorban kepada perkara yang sia2 adalah sia2...

sekian~

Thursday, November 18, 2010

Lebaran sepi...


Semalam banyak jer idea nak menulis. Bila dah mengadap komputer, idea semua kering kontang. Nak BW pun tak de mood. Paling2 pun blog wajib lawat iaitu blog adik den Erie . Camner exam dia hari ni, last paper ni kena la score A dok? Lepas habis exam boleh la berpoya2 tak hengat! Blog2 lain pun macam sendu jer. Orang masih mood raya.

Hari raya semalam, kami tak kemana2. Jiran depan rumah kami ajak beraya kat rumah diorang, makan nasi tomato, rendang dan ketupat. Masa tu ibu tengah nak masak nasi lemak. Hehehe..orang lain buat ketupat rendang di hari raya, tapi ibu buat nasi lemak. Lain dari yang lain. Lauk2 simple jer, sambal bilis, bilis goreng, ayam goreng, kangkung celur, timun dan salad. Beli kelapa pun di hari raya..kuikuikui. Nasib baik ada orang berniaga walaupun hari raya.

Kakak ipar dan anak2nya datang waktu petang bersama FIL, ibu jamu nasi lemak. Licin you. Sempat juga ibu buat kek coklat. Mula2 buat sebiji jer, tak cukup. Then buat sebiji lagi. Hari ini bawak sikit ke office untuk officemate.

Petang Selasa kereta hubby buat hal lagi. Gear takleh berfungsi. Masuk bengkel seharian, semalam petang baru siap. Cincai2 RM530:( Tapi pagi ni bila start nak pergi kerja, enjin pulak tak hidup. Sabar ajer lah.

Tuesday, November 16, 2010

Pengorbanan

Di kesempatan ini ibu ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam tak kira walau di mana anda berada. Ibu juga berharap ma dan wan sihat dan dapat mengerjakan ibadah haji dengan cemerlang di Mekah.

Tahun ini, kami tak balik beraya ke kampung. Ke Besut pun tidak, ke Klang pun tidak. Nampak gayanya tidak ke mana-mana. Mungkin hubby akan solat raya di UPM sebelum ke site researchnya. Kesian ibu tengok hubby yang setiap hari kepenatan membuat kerja2 di kebun jagungnya. Ibu doakan agar Allah mempermudahkan segala urusan hubby. Allah sedang mengujinya dengan sedikit kepayahan. Ibu harap, hubby sihat untuk menyiapkan kerja2 nya itu. Melihat kepada senarai kerja yang belum dibuat, membuatkan ibu naik risau. Soalan Comprehensif Exam (CE) belum siap sepenuhnya, paper yang bakal dibentangkan di Brunei belum mula buat pun lagi. Dengan kerja di site yang menuntut banyak masa dan tenaga...kalau lah ibu dapat membantu...

Ibu cuma dapat membantu memahami keadaannya dan juga membantu tidak menyusahkannya. Sebab tu sekarang, ibu cuba untuk tidak terlalu bergantung kepadanya. Mana2 hal atau kerja yang ibu boleh setelkan, ibu cuba buat yang terbaik. Hal ehwal anak2, persekolahan, makan minum, rumah dan sebagainya ibu akan buat sebaik mungkin. Ya Allah..engkau berilah kekuatan mental dan fizikal kepada kami dalam mengharungi kesusahan dan kepayahan kami ini. Kami percaya, Engkaulah yang lebih mengetahui setiap yang berlaku pada masa kini dan akan datang. Ya Allah, kami hanya berserah kepadaMu. Kudrat kami tidak seberapa, hanya mengharap ehsanMu Ya Allah... Bak kata hubby 2,3 hari lepas..dia hanya berserah kepada Allah dan tentera2 Allah untuk membantunya menghidupkan tanaman jagungnya.. Ye lah..dengan cuaca yang tak menentu, kadang panas terik, kadang hujan ribut, di tambah kekangan masa untuk menyiapkan bahan2 baja dan segala bagai kerja lagi. Bukannya ada pembantu. Semuanya dibuat seorang diri. Inilah risiko kalau kajian melibatkan benda hidup, banyak benda kena kontrol. Kadangkala diluar kemampuan manusia. Dah habis ikhtiar, usaha, selebihnya tawakkal kepada Allah Taala.

Ya Allah, semoga pengorbanan kami ini mendapat keredhaanMu...

Monday, November 15, 2010

Mari berkebun...

Genap seminggu kami di Bayu. Ketongkangan pecah masih ada 20% kot. Sehari 2,3 buah kotak diexplorekan.

Semalam pagi sepatutnya kami membawa Luthfil ke Majlis Akhir Tahun PASTI yang diadakan di Rasah. Tapi memandangkan kebizian hubby yang terlampau2 dengan research dia, maka kami anak beranak hanya berhibernasi di rumah sahaja. Hubby seharian sampai kol 4 pagi semalam dok buat kerja jer. Luthfil pun takde menyebut, so kami diamkan ajerlah. Tapi beberapa hari sebelum tu dia dok sibuk tanya 'esok hari apa'. Kadang2 dalam satu hari 5,6 kali dok tanya 'esok hari apa'...adeiiii, kalau rajin ibu jawab ler. Tapi selagi tak jawab, selagi tu dia tanya.*sigh*. Kadang ada soalan menyusul, 'kenapa esok hari Sabtu ibu???Ha..ko nak jawab apa?

Cuti semalam dimanfaatkan sepenuhnya dengan 'mengemas' rumah. Mengambil kesempatan dari kelenaan Wafa Aleesya yang tidur sampai jam 10.30am. Pepagi lagi ibu bangun. Senyi sepi aman damai dok taman nih. Rasanya orang2 yang tinggal kat taman ni jenis yang sopan2 gitew. Risau gak kot kami ni kadang2 mengganggu ketenteraman dengan suara budak2 berdua tu yang kadang tak hengat menjerit, gelak ketawa. Sabtu malam tu dah le bising bangat dok gril dinding nak pasang Astro. Kol 11pm masih tak setel, sampai sudah tak setel dan tak dapat siaran. Nampak gayanya kena panggil pakar berbayar nih. Adehhh...duit lagi yuk!

Okey..berbalik kepada aktiviti yang ibu buat semalam. Mula2 ke dapur dulu. Mengclearkan sinki, meja dan segala mak nenek yang tersengih2 kat atas sinki malamnya tak berkemas. Malam tu jemput Sue laki bini dan anak dia serta Aisyah (anak pengasuh) datang makan spagethi kat rumah sebab mintak tolong husband Sue pasangkan Astro.

Lepas dah clear dapur sambil panaskan kuah spagethi, ibu ke belakang pulak mendobi. Tak tahulah berapa round, tak terkira banyak kalinya. Agaknya kalau washing machine tu boleh bercakap, sure dia dah berdehem2 kata dah ponat dan poning. Puas hati den dapat jemur baju di bawah matahari terik. Selalunya dulu jemur baju 2,3 hari baru kering. La ni, 2,3 jam dah kering macam sotong kering. Alang2 dah panas terik, toto, selimut, cadar, sarung bantal sumer ibu basuh.

Siap jer laundry, jenguk kat belakang rumah lak. Kat area dapur ada tanah sekangkang kera yang subur dengan rumput2 dan daun kering. Hubby dah tebas pokok2 besar, tinggal pokok pandan 2 rumpun jer. Memang dari dulu lagi dok berangan nak menanam macam2 nih. Ha..sekarang dah di depan mata, apa lagi..kerjakanlah tanah tu. Maka, ibu pun terbongkok2 lah mencabut rumput. Mulanya rasa geli gak la tangan (takut pun ada..kot terpegang katak!) sebab dah lama tak buat kerja2 kebun nih. Kecik2 dulu i selalu masuk kebun ok! Dah tua2 ni pegang pen ajer. Huhu..

Sampai separuh jalan, hero2 ibu turun dah siap mandi. Yang tak tahannya dialog si Luthfil.."Ibu, meh saya tolong ibu, sian kat ibu kann..?? "Ha, ye lah..meh tolong ibu cabut rumput nih!" Korang ingat diorang cabut rumput pakai tangan ke? Ha..kirim salam la..pakai alat berkebun yang macam sudu, garpu tu. Pantang kena tanah sket, mula lah, "kotor lah, nak basuh tangan lah'. Ibu kasi chance main tanah takmo pulak main. Bila tengok ulat gonggok, cacing, spider pun dah melompat2. Ni kes tak penah expose pada alam la nih. Anak2 zaman sekarang.

Idea ibu tanah sepelaung lengan Wafa tu cadangnya nak tanam cili, kacang botol, halia, kunyit, serai dan lengkuas (mak aii...panjang nya senarai!). Hubby buat research tentang baja cacing, then boleh lah ibu test kat tanaman ibu nanti. ngengenge...


Friday, November 12, 2010

Copy Pasta...

This morning, my hubby called me to share about this. Quite interesting info to share with u all.


This is about 10 things the HR Department Won't tell you..

By Kimberly Fusaro


10 Things the HR Department Won't Tell You

10 Things the HR Department Won't Tell You

1. Background checks have gone beyond Google.
Before calling in applicants for a job interview, HR will snoop around online to make sure there are no virtual red flags. “Social media ‘stalking’ has become the norm—especially at larger companies,” says Mary Hladio, who worked in human resources for more than 15 years and is currently CEO of leadership group Ember Carriers. “Beyond typing names into a search engine, companies will also employ sophisticated online monitoring platforms that dig even deeper. If there’s something on the Internet you wouldn’t want your boss to see, it’s probably in your best interest to take it down.”

2. Arriving super-early for an interview is almost as bad as arriving late.
Of course, if someone shows up late for an interview, he or she isn’t going to get a callback, says Amy Habedank, human resources manager ofPinnacle Services. But she’s also hesitant to hire someone who shows up an hour early. “It feels like they have no regard for my time,” she says. If you’re headed to a job interview, don’t show up more than 10 minutes before; if you get there with time to spare, catch up on email or listen to relaxing music before heading in.

3. Your physical appearance matters.
“Research suggests that the decision to hire or to deselect a candidate is made within the first 90 seconds of the interview,” says human resources consultant Steve Cohen, author of Mess Management: Lessons from a Corporate Hit Man. That means you must arrive at a job interview in a clean, well-put-together outfit with neat fingernails, smoothed-down hair and fresh breath. Also, think twice about any eccentricities. “Some people might be able to look past pink hair and black nail polish, but it will affect their decision,” says Hladio.

Check out a foolproof outfit that’s perfect for a job interview.

4. Personal hygiene counts, too.
Smelling like cigarette smoke can work against you, as can having body odor. Because both conditions are within an individual’s control, an employee or job candidate who smells bad is viewed as lacking professionalism, Cohen says. Plus, an employee who smells bad is a public relations liability. Most companies won’t tolerate poor personal hygiene in an employee or potential employee.

5. You won’t get hired to work from home if you aren’t a “home professional.”
If you’re applying for a work-from-home position, you need to present yourself as a “home professional” from the get-go. This means that when HR first calls to express interest, there better not be crying babies or barking dogs in the background. “When an applicant has no control over the noise level in her home, it’s a signal that she’s not ready for virtual work,” says Shilonda Downing, who’s in charge of hiring for Virtual Work Team. You’ll also need a quiet home office space if you’re petitioning your current boss for work-from-home hours.

6. Being overweight can work against you.
Even though overweight individuals can be fast on their feet and slim people can be lazy, an interviewer might assume an obese job candidate won’t be able to keep up at a “high-performance” company. Cohen gives the example of a manufacturing company that prided itself on efficiency and speed. Every prospective employee was taken on a walking tour of the large plant before being hired. If the prospect couldn’t keep up with the owner’s fast pace on the facility tour, he or she wouldn’t be hired. If you’re worried your size may be working against you, Cohen suggests emphasizing how adept and resourceful you are.

7. Ageism (illegally) exists.
“People who have seen their 50th birthday are losing jobs to younger people, even though ageism is illegal,” says Dennis Kravetz, head of human resources consulting firm Kravetz Associates. Older employees hoping for a promotion need to be extra-vigilant about staying on top of trends and technology. In a job interview, emphasize what you’ve learned from years of experience and explain how you’ve grown along with your industry.

8. Your relationship is being monitored if you’re dating a coworker.
“Sometimes people meet their future spouse at the office,” says Cohen. “But mostly, dating coworkers is risky.” Even if dating among colleagues is allowed, a relationship that ends badly is going to affect other people in the office. It gets extra-tricky if a romantic relationship between a supervisor and his or her subordinate sours. “Human resources is watching behavior that could turn litigious,” warns former human resources executive J.T. O’Donnell, founder of Careerealism.com.

9. Your Internet usage is probably being documented.
Don’t assume there’s any level of confidentiality when it comes to company technology, whether it’s email, voicemail or indiscriminate use of the Internet, Cohen says. “In a situation where an employee’s integrity or credibility is in question, there will always be an audit of her computer usage.” That means your boss probably isn’t randomly checking to see how often you log on to Facebook. But if he’s looking for a reason to fire you, your computer records could provide easy ammunition.

10. Your good and bad behavior matter—but the bad matters more.
“Promotions have favoritism built in,” says Hladio. Good behavior and positive experiences have a “shelf life” of three to six months. You need to continually impress your employer in order to stand out as an exceptional employee. Bad behavior and negative experiences, on the other hand, can linger in an employer’s mind for years.


Thursday, November 11, 2010

Menangani stress..

Sempena minggu exam bagi sesetengah IPT, ibu nak ucapkan 'Good Luck' @ Selamat Maju Jaya kepada mereka2 yang berkenaan terutama adikku Erie yang kat UPM nun bersama kengkawannya. Tak lupa kepada ex student2 ku tak kira walau di mana korang berada. Kalau cukup persediaan, kacang jer boleh jawab. Tapi kalau persediaan cincai2 jer atau langsung takde, alamatnya soklan spot tak kuar2, korang la yang kena kuar hall dulu. kuikuikui....

Tidak dinafikan, menghadapi minggu2 exam tersangatlah stress. Ibu dulu pun macam tu jugak. Stress jer memanjang. Dah kerja ni pun kekadang stress jugak. Student yang nak exam, kita lak yang lebih2 stress.

Tahukah anda, wanita stress 30% lebih daripada lelaki. Gamaknya, wanita ni banyak keja kena buat kot. Bagi wanita yang dah berkeluarga, selain daripada bekerja, wanita juga perlu memberi perhatian lebih kepada keluarga, makan minum, pakai, hal ehwal anak2 etc. Pendek kata kalau disenaraikan 10 perkara, 8 daripadanya disetelkan oleh wanita.

Lelaki ni sempoi jer. Lagipun wanita suka memikirkan benda2 yang remeh temeh. Ibu pernah terbaca, wanita melihat sesuatu melalui mikroskop, lelaki lak melihat sesuatu melalui teleskop. Korang tahu ke beza antara mikroskop ngan teleskop?? Tanya en google yer...

Biasanya, kalau seseorang itu stress di awal pagi, ianya akan memberi kesan keseluruhan hari seseorang itu. Orang kata 'bad day' lah. Antara tanda-tanda stress di awal pagi ialah; cold hand & feet, hair loss, sakit kepala @ migrain, no sex drive, new ellergies, sakit belakang dan sukar tidur malam.

Kalau kita selalu stress sebenarnya akan membuatkan kita nampak tua sebanyak 4.4 tahun daripada usia sebenar...huhu..so, kalau orang kata 'u nampak matang la'..means u banyak stress la kot. Kalau ada orang yang buat kita lagi stress, lagi extra 8 tahun daripada usia kita yang sebenar.

Ramai yang beranggapan bahawa dengan menonton TV, kita akan dapat mengurangkan stress. Sebenarnya tidak. Dengan menonton TV, kita akan menambahkan lagi stress kita. Lebih baik kita menelefon seseorang. Tapi jangan pulak bila telefon tu kita gaduh pulak..lagi stress wooo.

Kenapa ibu cakap TV akan menambahkan stress? Kerana jika kita menonton 'suatu krisis', secara otomatik otak kita berfikir seolah2 kita berada dalam keadaan itu. So, kalau nak jugak tengok TV, tontonlah cerita komedi. Stress akan menurun sebanyak 20% jika kita menonton cerita komedi 30 minit sehari. Errkkk...patut lah hubby suka sangat tengok Mr. Bean. Padahal dah 80 juta kali dok ulang benda yang sama. Kalau ibu nak tengok dokumentari atau talk show ker, dia akan tukar channel lain yang lebih santai..katanya terlalu berat kepala otak nak rest.

Ada satu kaedah yang simple untuk kita praktikkan kalau kita berada dalam keadaan stress. Dalam kiraan 4, tarik nafas (hidung). Kiraan 7, tahan nafas. Kiraan 8 hembus melalui mulut. Semasa melakukan aktiviti pernafasan ini, pejamkan mata anda dan bayangkan kita sedang dalam percutian mental. Actually, tubuh tak tahu kita akan stress. It depend on perception ketika itu.

Akhir kata, jangan over stress no. Cubalah cari jalan bagaimana cara yang kita selesa untuk mengurangkan stress kita itu. Dont push your self over the limit. Kita bukan superman, spiderman atau batman nak buat sesuatu yang diluar kemampuan kita. Just be yourself!

Banyak2 kan sabar dan beristghfar...


5'S...

Mood mengemas di rumah telah berjangkit ke office nampaknya. Masih ada lagi 40% yang belum settle. Semalam setelkan aircond rumah lama dan pasang kat bilik study hubby. Kos keseluruhan upah cabut, pasang, servis, wiring itu ini dalam RM380:( Harap2nya kos pasang Astro dan setting nanti FOC jer...

Malam tadi ibu tidur hampir pukul 1 pagi dok mengemas kain baju budak bertiga tu. Lapang sikit bilik Luqman dan Luthfil dan tak perlu lagi menyelam ke dasar lantai untuk mencari baju. Bilik kami??Hmm......ada lagi 50% kot baju2 yang belum bersangkut. Mana nak habisnya, bawak naik baju bersih sebakul, bawak turun baju kotor sebakul. Balik office pun bukan boleh terus buat kerja. Si kenit Wafa tu dah mula demanding sekarang tak boleh berenggang dengan ibu. Kadang2 kalau leka sket, dia menonong jer nak panjat tangga. Time ibu masak, dia pun sibuk nak tengok apa yang kita buat..huhu. Lately hubby bizi sesangat ngan research project kat lab dan balik memalam. Malas nak kacau kerja dia.

Sekarang student sedang bercuti sampai bulan 12. Ibu pun dah free sebab semua paper dah submit kepada HEA 2 hari lepas. So, mood nak meng'clear'kan meja, kabinet dan segala mak nenek kertas yang tak perlu masuk ke dalam tong sampah. Kita praktis 5's gitew. Tapi tak tahu lah bertahan berapa lama. hehehe...Penyakit nak membuang 'barang' lama ni susah sikit. Bak kata pepatah, dilihat sakit mata, nak dibuang sayang...ngenge..kali ni pejam mata je lah yer!

Jom kita kongsi apa yang dimaksudkan dengan konsep 5'S. Thanks to En. Google...


What is 5S?

5-S can be defined as:

1. Seiri (Proper Arrangement and Clearing Up)
a) Look around your work area and ask yourself “is it really necessary for all items to be there?”
b) Separate O.K., reworkable and rejected items
c) Rework the reworkable items and dispose of the rejected items.

2. Seiton (Orderliness)
Items must be placed inprefixed locations so that they are easily accessible and can be easily used. Make sure that items can be clearly identified by labelling them properly.

3. Seiso (Clean Up)
Seiso means cleaning the work place and all the machinery by ourselves.

4. Seiketsu (Standardisation)
Even a clean work place with proper selection and proper arrangement will soon become dirty if Seiri, Seiton and Seiso are not continuously repeated. Let us prevent problems by keeping things standardized and maintaining a good environment.

5. Shisuke (Discipline)
Everyone shuld be disciplined to follow strictly the rules and maintain standards while working. For example let us adhere to the timings and let us follow the prescribed operation standads. Everybody should wear shoes for safety.


Advantages of 5S

By thoroughly enforcing 5S in each work area.

1. Operations can be performed without error, proceeding in a well-regulated fashion, resulting in fewer defective items thereby increasing the overall quality of product.

2. Operations can be performed safely and comfortably, reducing the chances of accidents.

3. Machinery and equipment can be carefully maintained, reducing the number of breakdowns.

4. Operations can be performed efficiently, eliminating waste thereby incrasing the efficiency and productivity.


How to Achieve 5S

5S can be achieved very easily by every employee by having a close look at his work place. He is to ensure that

1. No rejected / unwanted items are lying at his work place.
2. All items are kept in proper locations/order.
3. Everybody should co-operate with each other in keeping his and others areas and the machines clean.
4. All follow rules and regulations and maintain required standards.

Please Check

1. Do you have any unuseful thing around you?
2. Are all the required things kept at their allocated places?
3. Are you following the timings?
4. Are you following the operating standards?



Wednesday, November 10, 2010

Dr. Palsu??

Hangat berita hari ini tentang kisah 'Dr.' Asmara yang dikatakan mendapat doktor palsu daripada sebuah universiti palsu. Kes ini berjaya dibongkar setelah sekian lama dr Asmara tu menggunakan panggilan doktor. Sebelum ni pun dah ramai yang mempertikaikan ijazah kedoktoran yang dia dapat tu. Orang lain bagai nak mati berhempas pulas belajar untuk mendapat doktor falsafah., dia senang2 jer dapat. Agak menghairankan dan mengajaibkan...

Apa2 pun...den tak sabar nak tunggu kesudahannya...'everything is money..or money is everything???'

Sedikit makluman yg diambil dr sumber KOSMO.

LONDON – University of Wales di United Kingdom (UK) menggantung hubungannya dengan Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) milik penyanyi Malaysia, Fazley Yaakob sehingga satu siasatan dilakukan.

Menurut satu laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC), tindakan itu dilakukan ekoran kontroversi berkaitan dengan kelayakan akademik penyanyi tersebut yang dikatakan memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) dan sarjana palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.

BBC dalam program Week In Week Out: University Challenged mendakwa Fazley memiliki Ph.D palsu dan kini mengendalikan kolej yang menawarkan kursus sarjana muda dari University of Wales.

Dalam program itu, Fazley dituduh memiliki kelulusan itu dari sebuah universiti palsu.


Monday, November 08, 2010

Berpindah sudah!

Alhamdulillah..akhirnya kami secara rasminya berpindah ke kediaman kami sendiri di DPB. Terima kasih yang tak terhingga kepada yang sudi datang membantu secara langsung mahupun tak langsung; Erie dan 4 kengkawannya yang tough2 belaka didatangkan khas dr UPM naik motor (len kali i jemput makan yer..Western or kampung??) My FIL, kak Ida, izzati, syikin, abang Isa, mamat, kak na, abang mie dan anak2. Meriah gak lah Sabtu tu. Thanks to Kak Ida yang sudi masak untuk makan tengahari tu. Ibu risau kot tak cukup lauk then kononnya nak tambah ayam goreng, tapi dah tengahari ayam pun dah habis, so takde ayam, ganti dengan telur ayam jer. Thanks Sue sebab tolong buatkan telur dadar. Siap ada side dishes pencuci mulut koktel lagi tu..hehehe..rezeki!

Oleh kerana masing2 kepenatan, malamnya kol 9pm kami dah masuk tidur. Tidur terbongkang tak sedar diri semua. Sue cakap, kol 11pm dia lalu depan rumah kami dah sunyi sepi..huhu..mana tak sepinya, nak tengok TV pun tak boleh lagi sebab Astro belum diambil dari apartment. Actually kat rumah lama still ada Astro, aircond dan barang2 kat dapur.

So far pinggan mangkuk dah habis kemas. Yang lain2 belum lagi. Kain baju masyaallah...tak tau nak kata. Pagi tadi nasib baik jumpa cari baju sekolah Luqman. Baju Luthfil tak jumpa2 walaupun dah menyelam ke dasar lantai. Entah mana tersorok.

Harap2nya kapal pecah kami surut la minggu ni. Tak daya den tengok lelama...poning!

Thursday, November 04, 2010

madah dong!

"Hanya orang-orang yang jahil sahaja yang berani dan tanpa rasa berdosa menayangkan 'dosa' mereka terang-terangan..apatah lagi untuk memiliki rasa malu. Malu itu perisai iman. Bahkan yang bersembunyi disebalik topeng kepura-puraan lebih dasyat sifatnya.... Cukuplah hanya pandai berkata2 jika engkau tak memahami apa yang engkau kata sebenarnya...".

Renung2kan sebelum terlambat!



Mengekang hawa nafsu..

Tertarik ibu dengan satu artikel yang ibu baca dari sebuah akhbar online yang membincangkan tentang bagaimana mengekang nafsu.

Apa agaknya perasaan anda apabila seseorang yang anda kenal menceritakan kepada anda yang dia telah berzina? Bukan sekali malah tidak terhitung banyaknya. Pertama kali ibu dengar confession darinya, nak kata ibu terkejut, tak terkejut sangat sebab ibu pernah suspect dia terlibat apabila melihat kepelikan hubungan mereka. Dalam masa yang sama ibu cuba menafikan perasaan negatif ibu itu dan menganggap itu hanya prejudis ibu sahaja. Malangnya apa yang ibu fikir selama ini benar2 berlaku. Ibu ingatkan dia betul2 insaf dan bertaubat setelah mendengar luahan hatinya yang ingin menebus dosa. Kononnya bertaubat lah. Ibarat taubat sambal belacan! Ibu pernah menasihatinya agar menjauhkan diri jika benar2 ingin bertaubat. Tapi, siapalah ibu untuk menghalangnya... benda yang sedap dan seronok siapa yang mampu menolaknya? Itulah yang berlaku kalau manusia ni dah tak takut dengan balasan Allah.

Pada ibu, baik pergi kawin kat siam daripada bergelumang dengan dosa yang tidak berkesudahan! Sendiri buat sendiri tanggung yer...

(Aku masih lagi berharap agar dia diberi hidayah Allah dan kembali ke jalan yang benar)


Sumber: Harian Metro

BAGAIMANA cara menghentikan ketagihan terhadap nafsu dalam diri termasuk nafsu amarah, seks serta yang membawa kepada kemungkaran buat selama-selamanya dan bagaimana pula untuk dapatkan taubat sebenar-benarnya.

Sifat nafsu amarah memang sentiasa mengajak kepada dosa, di mana kegagalan mengawal nafsu syahwat bagi majoriti manusia adalah satu lumrah.

Bagaimanapun, dalam kehidupan ada segelintir yang mampu mengekang nafsu mereka hasil ‘mujahadah’ atau usaha kuat untuk menghindari, sekali gus menghentikannya. Namun, ada kalanya mereka yang mampu mengawal juga tertewas.

Allah SWT menyebut perihal kegagalan manusia dalam mengekang nafsu, sebagai contoh dalam surah Al-Baqarah, ayat 187 yang bermaksud: “Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu.”

Melalui ayat ini, sebahagian umat Islam gagal mengikat nafsu syahwat kelaminnya hingga ‘bersama’ isterinya di siang Ramadan.

Dengan segala kelemahan manusia, Allah SWT membenarkan suami isteri untuk bersama di malam hari Ramadan, namun masih ada juga yang ‘terlepas’ melakukannya di siang hari, oleh itu Islam menetapkan cara dendanya.

Kifarah adalah satu bentuk denda dan apabila seseorang melakukan dosa, taubat adalah jalannya.

Allah SWT menegaskan bahawasanya: “Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi Rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Yusuf, 53)

Persoalan yang timbul ialah, bagaimana mengekang nafsu yang ada dalam diri.
Ringkasnya, saya ingin mengingatkan individu yang menulis soalan ini bahawa mengekang dan melawan kehendak nafsu syahwat sememangnya bukan mudah.

Itulah sifat ‘peperiksaan’ yang diberi oleh Allah SWT bagi ‘menapis’ dan mengenal pasti hamba-Nya yang bersungguh-sungguh, ikhlas dan beriman serta yang kurang dan tidak beriman. Bagi yang berjaya, ganjarannya sudah tentu sangat hebat, yakni di Syurga Allah SWT.

Justeru, kita tidak perlu mengeluh dan hairan dengan ketagihan nafsu, kedegilannya, kesukaran menanganinya dan mengawalnya.

Sebaliknya, yang perlu dilakukan adalah mengukuhkan azam untuk berubah. Ia sukar untuk diajar melalui tulisan, tetapi kesedaran dan keinginan inilah yang perlu untuk bertindak.

Caranya, kenali sumber serta punca yang mampu membiakkan ‘kekuatan’ terhadap nafsu itu, dan sebaik dikenal pasti, potong dan hapuskan ia.

Selain itu, kita perlu tahu cara, suasana, tempat dan berdamping dengan individu yang dapat menarik diri kita kepada kebaikan dan lupakan syahwat.

Kesimpulannya, proses ini memang memerlukan ‘pantang larang’ yang merujuk kepada perkara yang tidak boleh dibuat dan ‘kemestian’ yang merujuk kepada perkara yang perlu dibuat.

Ia proses ‘Sunnatullah’ untuk segala jenis penyembuhan, sama ada hati dan iman berbentuk spiritual dan juga tubuh fizikal.

Ini sama seperti menangani penyakit kencing manis daripada sudut konsepnya, di mana mereka perlu menghadapi cabaran mengawal nafsu makan yang tinggi dan terhalang daripada menikmati juadah lazat.

Jadi jelas di sini, pantang larang ini perlu dilakukan secara terpaksa itulah satu mujahadah (usaha).

Oleh itu, cuba fikirkan, bagaimana pantang larang ini akhirnya mampu dipupuk serta diikuti dan itulah satu jalan permulaan untuk mengawal nafsu dalam diri.

Ini sama bagi mengekang nafsu syahwat seks ‘gelap’, di mana setiap umat Islam perlu meyakini bahawa setiap perbuatan itu kelak pasti diazab oleh Allah SWT dengan mengingatkan bahawa adanya azab neraka, azab kubur, mati dalam kehinaan (suul khatimah) atau dalam kemaksiatan, tidak memperoleh Rahmat Allah atau tiada peruntukan syafaat daripada Rasulullah SAW.

Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal ghaib, namun bukan itu saja, ada banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti, ia mungkin membawa kepada perceraian, pasangan zina mengandung anak luar nikah yang akhirnya boleh membawa kepada pembunuhan terhadap anak luar nikah berkenaan bagi menutup aib, kejian masyarakat atau dijangkiti penyakit kelamin seperti AIDS.

Disebabkan itu, tanam semua implikasi berbentuk spiritual itu dalam minda dengan harapan ‘nyalaan’ nafsu itu tadi dapat ditangani.

Sehubungan itu, tentu proses pertama untuk mengekang nafsu syahwat seks ‘gelap’ adalah dengan meningkatkan ilmu dan keyakinan terhadap kedua-dua ilmu, ghaib dan fizikal, iaitu kesan buruknya.

Insya-Allah, ia akan mampu menjadi pendinding awal sebelum berlakunya dosa dorongan syahwat nafsu itu.

Orang berilmu juga ramai yang menyeleweng?
Tidak dinafikan, ramai juga yang sudah punyai ilmu tetapi masih ‘jatuh’ dan terlanjur melakukan maksiat sama ada secara serius atau tidak, besar atau kecil.

Tatkala itu, datanglah fungsi taubat yang disebut oleh Allah SWT di atas.

Berbekalkan kefahaman dan asas yang sudah ada, usaha mengukuh dan menyuburkan kembali keimanan lebih mudah daripada individu yang tiada asas dan pasak kukuh.

Kerana itu, binalah pasak dalam diri mengenai iman dan ilmu dengan segera terlebih dulu kerana tanpanya, perubahan kepada kebaikan akan terbantut di suku perjalanan.

Sebagai kesimpulan, sebagai tambahan kepada penjelasan di atas, ada perlu mengetahui perkara yang perlu serta tidak perlu dilakukan seperti:

  • Fikirkan sasaran kehidupan dan berusaha melaksanakannya. Jauhkan pemikiran berkenaan seks dan penuhkan masa dengan berusaha mencapai sasaran itu.
  • Wujudkan keyakinan bahawa Allah SWT melihat apa yang dilakukan di ketika ramai mahupun kala sendirian.
  • Sedarkan diri bahawa malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang dilakukan.
  • Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.
  • Putuskan hubungan ‘songsang’ dan ‘gelap’ sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperoleh melalui Internet atau fizikal, melalui laman sembang, e-mel, web dan sebagainya. Jika berseorangan di depan komputer boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, elak berseorangan di depan komputer.

  • Jika berbual mesra dan makan tengah hari bersama rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elak melakukannya dan makan sendirian atau bersama jantina yang sama.

  • Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.
  • Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan keagamaan kerana dengannya, ia membuka ruang mendapat rakan yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat dapat dibendung.
  • Ziarah kubur secara kerap supaya syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.
  • Kalau komputer dan Internet kerap menjadi punca peningkatan syahwat, banyakkan mendengar bacaan al-Quran di depan komputer. Insya-Allah, dengannya rasa malu akan timbul. Namun jika syahwat masih ‘menggila,’ segera berhenti dan lihatlah awan, langit, pokok dan laut dan ingatkan kebesaran Allah.
  • Memastikan harta diperoleh daripada sumber halal kerana sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. Ia ibarat mutasi virus yang lebih berbahaya kepada kesihatan.
  • Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisiplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin ketika sujud di dalam solat supaya diberi kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.
  • Segera beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat berat sebagaimana dinyatakan dalam Surah Al-Imran, bahawasanya: “... dan bersegeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertakwa.”