Tuesday, November 23, 2010

Kisah sebuah misteri...jeng!jeng!jeng!

Sebelum ibu mengupas tajuk di atas, ingin ibu meluahkan ketraumaan ibu sekali lagi yang nyaris2 kena langgar dengan sebuah kereta kancil warna oren yang dipandu laju oleh seorang wanita yang baru lepas dapat lesen terbang dan dalam keadaan mabuk pagi @ morning sickness!! Dalam kawasan perumahan pun nak merempit ke cik kak oiii??? Petang ni balik kerja ibu nak pergi usha dia tinggal kat mana. Senang ajer nak carik kereta kancil warna oren tuh. Bila jumpa ibu nak bagi tazkirah sikit tentang memandu secara berhemah dan jangan makan jalan orang. Kes kemalangan dulu membuatkan ibu lebih berhati-hati. Walaupun kita dah sebaik mungkin berhati2 tetapi kadang2 manusia suku masak macam ni lah yang selalu menyusahkan orang lain.



Okeylah..berbalik kepada tajuk yang di atas, kisah misteri ini berlaku kepada hubby malam tadi. Pada petang semalam, hubby sms ibu memberitahu yang dia akan pulang lewat sebab ada kerja di lab. So, ibu pahamlah kalau dia kata lambat balik, maknanya kami kena dinner dulu sebab dia akan sampai ke rumah around 10pm.

Tup2 kol 9pm, dia dah terjengul depan muka pintu. "Aikkkk! Abang kata nak stay kat lab?" Ibu bertanya kehairanan. "Ada 'benda' suruh abang balik". Hubby menjawab sambil tersenyum penuh makna. "Ha??'Benda'?? Benda apa? Abang ni biar betul.. Aman, check ayah ni, entah betul ayah ke apa?" Ibu dah naik seriau walaupun dalam nada bergurau. "Try tengok kaki ayah pijak ke lantai ke tidak?" Si Luqman macam biasa la...blur tak paham apa yang ibu cakap..huhuhu.

Then, hubby mula bercerita. Dia kat lab tengah buat kerja sensorang. Masa tu dah maghrib tetapi dia masih belum solat lagi sebab nak abiskan dalam 2,3 minit lagi. Tiba-tiba.....jeng!jeng!jeng! Hidungnya menghidu satu bau yang cukup menyeramkan! Bau apa???? Yaa...walaupun hidung hubby agak tersumbat waktu itu, tetapi hubby telah tercium bau kapur barus yang agak kuat. Bulu tengkuknya dah berdiri tegak. Ini tak boleh jadi ni. Dalam hati dia dah menyumpah sebab benda tu datang mengacau (masa ni ibu perli, 'dia' suruh abang stop pergi maghrib dulu kot..maghrib dah nak habis..hehehe).

Hubby tak tunggu lama, terus dia ke office yang terletak bersebelahan dengan lab dan terus solat maghrib. Baca surah sebijik2 ko. Hahaha..nasib baik jugak kat dalam office dia tu ada tempat angkat wuduk. Agak2nya kalau kena masuk toilet, benda alah tu dok bertenggek kat atas sinki atau belakang pintu toilet..erkkkk...meremang doh bulu roma den!

Lepas solat mulutnya dah terkumat kamit baca macam2 surah. Kononnya nak jaga air wuduk supaya benda tu tak kacau dia. Belum sempat melangkah keluar lab (nak keluar dari tempat tu kena melalui lab tadi..huhu) dia dah terkentut! Pulak dah!

Untuk ke kereta, hubby terpaksa melalui belakang blok yang mana terdapat pokok2 besar yang agak menyeramkan. Tau2 ajer lah UPM, Fakulti Perhutanan pulak tuh! Erkkk..memang scary betul lah. Tambahan pulak fakulti sunyi sepi sebab budak2 sedang cuti semester. Tinggal dia sensorang dalam sebesar2 blok tuh. Ibu tanya, takde 'orang' tunggu ke kat belakang tempat parking kereta tu? Fikiran ibu dah terbayang macam2 rupa jer...hehehe..kot benda tu tengah melepak anak beranak dia kat bawah pokok ke, atas bumbung kereta ke..tak ke haru?

Bila hubby masuk je ke dalam kereta, terus zapppp hilang meremang bulu tengkok dia. "Abang tak pandang belakang ke?" Hehehe..."Entah..terpikir gak masa letak beg tu, tapi baca jer ayat kursi"..kuikuikui.

Macammanalah agaknya kalau time2 kritikal macam tu, kereta pulak buat hal takleh nak start? Oh my God!! Mintak jauh laa...then, tengah dok godek2 kat bonet kereta, ada orang menyapa..."keta rosak yer bang??" (macam dialog aziz satar dalam seniman bujang lapok tuu..). Agak2nya hubby nak tunggu situ lagi tak ekk.....agaknya benda tu nak suruh hubby balik sebab depa nak 'main' (malam kita, siang dia).

Begitulah kisah misteri nusantara yang berlaku kat hubby malam tadi. Agaknya lepas ni dia dah serik nak stay sensorang lagi. Hubby cakap, dia tinggalkan meja kerja kat lab tu bersepah tak sempat nak kemas. Huhuhu..punyalah menyeramkan. Dan rupanya ada jugak pensyarah lain yang pernah kena. Katanya rasa 'besar' semacam jer kepala. Kekeke..lepas ni sapa pulak yang kena!




6 comments:

hamihemo said...

heheh seram gak UPM ni

KV said...

uish...seram ah

WanShila said...

hamihemo: memang seraammmmm...terbayang 'si dia' dengan rambut panjang mengurai, mata merah, bergigi tajam sambil ketawa mengilai2 kat bawah pokok belakang blok fakulti tuh...(opssss..terlebih sudah..terpengaruh ngan citer jangan pandang belakang la pulak!)

WanShila said...

KV: mental kena lagi kuat la kalau still nak stay lelama kat lab tuh. semalam dia tak tunjuk muka, kt lepas ni tunjuk muka maunya tak cukup tanah nak larik..hehehe

iina said...

Hehehe.. biasalah kalau uni2 lama nie mmg banyak benda2 camnie.. saya pun penah kena tegur dulu masa stay kat ofis sampai malam.. kalau bab2 nampak bayang org lalu depan pintu byk kali sgt.. selalu mmg sound balik.. jgn kacau I nak wat keje.. hehehe..

Itu belum lagik pengalaman kawan I nak mula bagi kuliah.. tetiba skrin putih turun naik dengan sendirinya.. terus kwn I sound.. "minta maaf ye.. Ini kuliah ilmu.. minta jangan ganggu" terus stop skrin tuh.. student kat depan dah pucat lesi.. kwn I tuh selamba jek hehehe... walhal dia pun dah pucat gak.. teruskan kuliah sampai abis.. Alhamdullilah takde gangguan.. ;)

Oh ya.. hubby I pun penah kene masa dlm perjalanan balik dr sg besar ke tg malim ikut jln kedangsa yng penuh hutan.. bau wangi sepanjang jalan.. sampai umah ayat pertama dia sebut bila nampak I.. bahaya sungguh jalan tuh... I dah tak sedap hati.. terus I sound.. kalau ada benda yang ikut dia.. tolong tunggu luar rumah jangan masuk umah.. hehehehe... itu petua org tua2lah.. hehehe ;)

WanShila said...

Kak Iina: huhuhu..lagi seram citer kwn akak tuh. Berani pulak benda tu kacau time org ramai ek..kalau ada yg lemah semangat terus pengsan time tu jugak.