Monday, November 29, 2010

Mee Kari Special

Sabtu. Ibu keboringan. Hubby ke fakulti.

Sambil melayan si kecil, ibu ke dapur mengoogle peti. Dalam kepala sedang mengingati resepi mee kari hasil perguruan dengan Cik Hasyim, bapa saudara hubby di Kajang yang memang super duper best mee karinya. Asal pergi jer ke rumah dia, kami request mee kari sebagai juadah istimewa. Nah...sekarang ibu cuba memasak sendiri mee kari hasil perguruan empat mata dengan sifu mee kari.

Bahan-bahan:

1 labu bawang merah besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 helai daun kari
2 helas daun pandan
3-4 sudu besar serbuk kari
3/4 cawan santan pekat
3 biji keledek sederhana kecil
1-2 biji kentang
1/2 ekor ayam dipotong kecil
1 kilo kerang direbus dan diambil isinya
3 batang fish cake
10 biji tauhu kering bulat
Sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
Sebungkus mee (dicelur)

Bahan hiasan:

Sawi pendek (celur)
Taugeh (celur)
Bawang goreng
Telur rebus
Daun sup dan daun bawang
Cili hijau dan cili merah

Cara buat:

  1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih bersama bawang merah, bawang putih dan halia (dikisar/mayang terlebih dahulu).
  2. Masukkan daun kari dan daun pandan.
  3. Setelah garing tumisan, masukkan serbuk kari yang dibacuh dengan sedikit santan dan air. Kacau sehingga betul2 garing dan naik bau.
  4. Masukkan ayam. Biar seketika sehingga ayam masak. Masukkan kentang yang dipotong dadu kecil.Boleh tambah sedikit air.
  5. Blend keledek yang telah direbus terlebih dahulu. Masukkan ke dalam periuk kari tadi.
  6. Masukkan isi kerang, fish cake (hiris) dan tauhu kering yang dipotong 2. Biarkan seketika.
  7. Masukkan santan pekat, tambah air (mengikut kesesuaian kepekatan-lupa lak den nak sukat)
  8. Masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  9. Siap untuk dihidang dan SELAMAT MENCUBA!


Sedap dimakan di waktu petang


Mee kari special

No comments: