Tuesday, November 16, 2010

Pengorbanan

Di kesempatan ini ibu ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam tak kira walau di mana anda berada. Ibu juga berharap ma dan wan sihat dan dapat mengerjakan ibadah haji dengan cemerlang di Mekah.

Tahun ini, kami tak balik beraya ke kampung. Ke Besut pun tidak, ke Klang pun tidak. Nampak gayanya tidak ke mana-mana. Mungkin hubby akan solat raya di UPM sebelum ke site researchnya. Kesian ibu tengok hubby yang setiap hari kepenatan membuat kerja2 di kebun jagungnya. Ibu doakan agar Allah mempermudahkan segala urusan hubby. Allah sedang mengujinya dengan sedikit kepayahan. Ibu harap, hubby sihat untuk menyiapkan kerja2 nya itu. Melihat kepada senarai kerja yang belum dibuat, membuatkan ibu naik risau. Soalan Comprehensif Exam (CE) belum siap sepenuhnya, paper yang bakal dibentangkan di Brunei belum mula buat pun lagi. Dengan kerja di site yang menuntut banyak masa dan tenaga...kalau lah ibu dapat membantu...

Ibu cuma dapat membantu memahami keadaannya dan juga membantu tidak menyusahkannya. Sebab tu sekarang, ibu cuba untuk tidak terlalu bergantung kepadanya. Mana2 hal atau kerja yang ibu boleh setelkan, ibu cuba buat yang terbaik. Hal ehwal anak2, persekolahan, makan minum, rumah dan sebagainya ibu akan buat sebaik mungkin. Ya Allah..engkau berilah kekuatan mental dan fizikal kepada kami dalam mengharungi kesusahan dan kepayahan kami ini. Kami percaya, Engkaulah yang lebih mengetahui setiap yang berlaku pada masa kini dan akan datang. Ya Allah, kami hanya berserah kepadaMu. Kudrat kami tidak seberapa, hanya mengharap ehsanMu Ya Allah... Bak kata hubby 2,3 hari lepas..dia hanya berserah kepada Allah dan tentera2 Allah untuk membantunya menghidupkan tanaman jagungnya.. Ye lah..dengan cuaca yang tak menentu, kadang panas terik, kadang hujan ribut, di tambah kekangan masa untuk menyiapkan bahan2 baja dan segala bagai kerja lagi. Bukannya ada pembantu. Semuanya dibuat seorang diri. Inilah risiko kalau kajian melibatkan benda hidup, banyak benda kena kontrol. Kadangkala diluar kemampuan manusia. Dah habis ikhtiar, usaha, selebihnya tawakkal kepada Allah Taala.

Ya Allah, semoga pengorbanan kami ini mendapat keredhaanMu...

No comments: