Friday, February 18, 2011

Hari silih berganti, sedar tak sedar dah pertengahan Februari. Kerja semakin menggunung dan semakin membahang. Hanya pengalaman yang lalu dapat membantu ibu menangani setiap permasalahan yang dihadapi.

Yang pastinya, ibu dah makin kurang masa nak memblog! huhu..'time is gold'!

Next week ada majlis anugerah kecemerlangan pelajar pulak. Ibu incharge persediaan dewan termasuk backdrop. Nasib baik lah ada ramai anak buah yang ringan tulang membantu.

Next week juga berlangsungnya FESNI (Festival Seni). Ibu person incharge untuk pertandingan tarian seni kreatif. Dah ada peserta, cuma latihan jer yang blom start lagi. Harap2 menang! ngehngeh..berangan!

Tuesday, February 08, 2011

Rezeki!

Semalam ada perjumpaan semua staf dengan pengurusan tertinggi. Kepada staf2 baru, kami semua dikehendaki memperkenalkan diri masing2 serta sedikit latar belakang.

Then, CEO kemudiannya berucap. Ingatkan taklimat apa..rupa2nya pengumuman dan pemberian bonus, incentif dan increment kepada semua staf yang telah berkhidmat lebih daripada setahun. Hmmm..kita yang baru join sebulan ni tengok aje lah kengkawan yang lain dapat bonus. Paling tinggi ada yang dapat 4 bulan setengah sehinggalah 1/2 bulan gaji.

Tetiba, CEO buat pengumuman pemberian token kepada staf yang berkhidmat kurang daripada 6 bulan. Ada yang 6 bulan, 3 bulan...tup2 nama ibu juga dipanggil. Wow! Baru kerja sebulan dah dapat token money jugak. Alhamdulillah..rezeki dari Allah namanya!