Friday, September 09, 2011

Semoga Allah lindungi anakku~Wafa


Malam semalam, anak Ibu Wafa terhantuk kepala kat meja Jepun. Kuat berdentum bunyinya sampai menangis sekuat-kuat hati. Ibu yg paling berada dekat masa tu terus peluk dia dan baca ayat kursi. Macam2 yang terlintas di kepala. Bila diingat2 kembali bunyi dia terhantuk tu, memang tersangat kuat..kalau kena dekat kita pun maunya meraung.

Lepas dia berhenti menangis, ibu bagi dia minum air zamzam dan sapu air zamzam kat seluruh kepala dia sambil gosok2 kalau2 ada bengkak.

Masa kat office petang semalam, pengasuh mesej bagitau badan Wafa panas dan merengek lepas bangun tidur. Terus ibu forwardkan mesej tu pada hubby, mengajak dia balik. Hati dah tak keruan dan dah tak senang duduk. Lamanya tunggu hubby sampai.

Lepas jemput anak2 kat rumah pengasuh, kami terus menuju ke Klinik Salak, Nilai. Doktor pulak keluar dinner. Sambil menunggu doktor masuk bertugas, kami ke surau Giant untuk solat maghrib.

Jam 8pm, kami ke klinik semula berjumpa doktor. Setelah memberitahu keadaan Wafa, doktor menasihati agar Wafa di observe within 48 hours incase she has simptom2 such as vomit, dizzy, pasif, tak mau makan dan sleepy. Mengikut mama pengasuh, dia aktif dan makan pun okey sepanjang hari.

Doktor advice jangan hantar kepada pengasuh hari ni takut terlepas pandang bila pengasuh sibuk dengan budak2 lain. Better ibu sendiri yang perhatikan. So, ibu decided untuk take leave je. Suppose ibu jadi guru pengiring pelajar2 ada lawatan ke Royal Selangor. Terus ibu call Dekan ibu bagitau keadaan anak ibu. Thank to Allah, she is very understanding! Tadi pun dia called lagi tanya pasal anak ibu and asked me either esok ibu boleh attend tak untuk open day. Ibu cakap boleh je. Lagipun hanya 4 jam dari 1-5pm.

Alhamdulillah, Wafa ok. Cuma demam dan selsema je belum baik lagi. Tadi masa kat dapur terhantuk lagi kat bucu meja sebab kepalanya dah sama tinggi ngan meja. Apa nak buat, si kecik tu walaupun baru 2 tahun tapi tersangatlah tinggi lampai.

Semoga anak ibu dilindungi Allah selalu.



1 comment:

[tErOmPaH bIrU] said...

mudah-mudahan Wafa baik-baik jer.. insyaallah!