Thursday, October 20, 2011

HAPPY BIRTHDAY WAFA ALEESYA. She's turn 2 yo!


Semoga jadi anak yang solehah, cerdik, sihat, pintar dan menggembirakan ibu, ayah, Abang Long dan Abang Ngah. We love you so muchhhhh!!!

20.10. 2009 detik bermakna bagi kami sekeluarga. Kehadirannya dinanti2kan oleh kami. Maklumlah dah dapat 2 hero, so nak jugak merasa menimang puteri pulak. Walaupun pada mulanya kami tak tahu jantina sehinggalah hari kelahirannya, tapi jauh di sudut hati ibu kuat mengatakan anak yang lahir kali ini adalah girl. Keinginan yang membuak2 tu sampaikan masa shopping barang keperluan pun, ibu gamble rembat baju ropol2 dan bunga2..hehehe..

Bersalinkan Wafa cukup mudah. In fact, hari terakhir check-up kat Hospital Serdang tu pun jalan dah buka 5cm tanpa ibu sedar. Wah! terkujat ai. Doktor terus suruh masuk wad get ready. Ibu merayu untuk masuk keesokkan harinya sebab Abang Long ada final exam dan ada kerja office kena hand over pada rakan2 yang sepatutnya. Malangnya tak dapat kebenaran doktor.

Sempat bermalam satu hari, keesokkan paginya jalan dah bukak 8cm..anehnya tak rasa sakit langsung. Sebelum tu ibu dimaklumkan ibu kena induce. Alhamdulillah tak kena. Takut wooo kalau induce..sepatutnya ikut giliran masuk LR tapi dek kerana situasi ibu yang tercepat, terus potong que.

Ibu hanya ditemani hubby. Nurse hanya jenguk sekali sekala jer sebab sibuk dengan patient lain. 3 kali push, maka selamatlah lahir kedunia puteri permata hati kami ke dunia disambut syukur kehadrat Illahi. Kali ini hubby betul2 menghayati detik kelahiran...huhu. Satu keajaiban katanya. Masa Abang Long dulu tak dapat tengok sebab Ceaser, masa Abang Ngah tak sempat nak perhati sebab tergamam tengok kepala dan badan baby yang menggerutu dan kebiruan sampai hubby terpinga-pinga..hahaha.

Kini, usia Wafa dan 2 tahun. Dia dah mula pandai bercakap. Dah banyak vocab yang dia tahu. Cuma nak dengar dia sebut 'ibu' tu jarang la..banyak nyer 'ma' jer. Kalau kami siap makan dan nak kemas, dialah orang yang paling rajin nak menolong..angkat senduklah, angkat gelas lah, angkat pinggan lah..huhu..harap2 dah besar nanti rajin la jugak menolong ibu dan ayah.

Abang Ngah cukup suka menyakat Wafa. Suka benar dia kalau Wafa jerit marah sebab ambil bantal, bear dan barang2 yang dia rasa dia punya. hehe.. Ada satu kali tu dia ngan abang ngah minum air yogurt. Dia minum cepat, bila dah habis dia mintak air yogurt abang ngah pulak. Yang kawan tu minum jimat2 jer. Last2 kena bagi kat adik..hehe. Dalam marah2 pun hulur jugak kat adiknya.

Ibu dan ayah doakan anak2 ibu selamat dunia dan akhirat dan menjadi orang yang bertaqwa kepada Allah dan taat kepada ibu dan ayah. Kami sayang WAFA ALEESYA. You're my soul, my everything!

No comments: