Monday, November 14, 2011

Warisan (Sudirman)


Jumaat malam (11.11.11) yang lepas, kami menghadiri majlis penyampaian hadiah di sekolah PASTI Luthfil Hadi. Malam tu dia terpilih membaca Al-Quran surah Al-Baqarah. Alhamdulillah, lancar dia baca. Masa kat rumah tu dia dah pesan kat ibu, "nanti ibu ngan ayah nyorok yer, nanti saya malu..abg long pun jangan gelakkan saya yer..". Risau gak kami kot sejarah 'senyap' berulang..hehe. Muallimah cakap, Luthfil dah sampai ke tahap 6..dah takde masalah mengnal huruf dan bacaan pun lancar.

Malam tu dia dapat hadiah Quran besar, bukan main happy lagi.

Semoga anak ibu menjadi anak yang soleh dan tahfiz al quran.

Lagu ni pulak dia nyanyikan semasa persembahan. Terharu ibu tengok dia dan kawan2 dia nyanyi sambil berganding bahu. Tak sedar air mata mengalir..

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

No comments: