Wednesday, December 14, 2011

BM untuk pelajar asing..

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog sepiku..:)

Kebelakangan ini agak malas jarang mengupdate blog...macam kurang nafsu nak memblog gitu. Nak kata sibuk sangat tu tak jugak..cuma semester ini ada satu tambahan subjek baru untuk international student. Sangat seronok masuk kelas tu. Kelas mengajar Bahasa Melayu (more to communication) kepada pelajar antarabangsa. Banyak scene2 yang agak menggelikan hati, kadang kalau tak dapat nak menahan ibu bantai gelak jer..yelah, rupanya banyak sebutan Bahasa Melayu yang tidak terdapat dalam pronounciation English. Ibarat mengajar rebung yang dah jadi buluh, keras je lidahnya. Macam2 bunyi keluar..suruh sebut 'bu-nga' depa sebut 'bung-ga'. Dalam BM banyak terdapat gabungan perkataan seperti 'ng', 'ny', 'sy', dsb. Itu semua kena ajar cara sebutan.

Every week bilangan student bertambah, dari seorang, menjadi 9, menjadi belasan dan terbaru dah meningkat kepada 23 orang. Kebanyakan pelajar2 ini berasal dari Yaman. Bahasa pertuturan mereka adalah Bahasa Arab. Nasib baik lah ibu ada sedikit sebanyak asas BA ni. Dan diorang seronok bila tahu kita faham bahasa pertuturan mereka. Banyak perkataan melayu mempunyai persamaan dengan BA, jadi agak familiar dan boleh diteka.

Ibu harap diakhir semester nanti pelajar2 ni dapat bercakap dalam BM. Bagi ibu ianya merupakan pengalaman yang sangat berharga.

No comments: