Tuesday, December 06, 2011

Kambing oh kambing..


Susahnya mau cari kambing! Hari Ahad yang lepas, pagi-pagi lagi kami keluar meronda mencari kambing. Seharian keluar masuk kampung bermula dari Lenggeng, Jelebu, Semenyih sehinggalah ke Rinching. Cuaca pulak panas terik memanjang. Kesian kat anak-anak yang berpeluh2 dan kehausan. Yang seronoknya bila masuk kawasan kampung ni banyak jumpa gerai buah. Sempat jugaklah ibu memborong rambutan yang segar dari pokok, jeruk betik homemade dan jugak sebalang tempoyak!

Hari kenduri semakin menghampiri. Lagi 2 minggu lebih kurang. Harap2 semuanya berjalan lancar. First time buat kenduri ni gabra jugak rasanya. Banyak benda kena fikir, dengan senarai barang yang panjang, booking kemah, booking ayam dan segala mak neka, dengan senarai jemputan dan sebagainya. Tapi yang paling penting mesti dapatkan cik kambing dulu la..

Kambing oh kambing...harap kita ketemu!

No comments: