Wednesday, January 18, 2012

Presentation, oral test and quiz

Minggu ini merupakan minggu presentation, oral test dan kuiz bagi ketiga-tiga subjek yang ibu ajar.

Semalam kumpulan B yang present, ada dalam 5 buah kumpulan. Start kelas pukul 1, tapi pukul 1 lebih pun masih ada yang belum sampai, tak berapa ready nampaknya. Naik angin jugak rasanya. 1 kumpulan pulak ntah macammana baru tersedar dari mimpi tak tahu menahu tentang kerja kumpulan yang membawa markah 30% ni..poyo tak? Bila di semak status kehadiran, memang kaki ponteng tak tahu citer apa yang berlaku dalam kelas. Memang hangin akak!

Nak marah pun lelebih pun kesian jugak..hati perut kita tak sampai hati nak bagi kosong per 30. Masih lagi bagi peluang hantar selepas raya cina..tapi jangan harap la akak nak bagi markah banyak sama macam orang lain..ater korang poyo sangat.

Pagi tadi kumpulan A pulak yang present. Ingatkan kita yang lambat, rupanya pelajar lagi lambat..adeiii..pepagi lagi makcik tersentap. Tak kira, kuasa veto akan digunakan. 12 kumpulan semuanya. Ada yang ok, ada gak kumpulan yang buat ibu menguap banyak kali..boring siottt. Nasib baik ada kumpulan yang buat tugasan betul2. Ada jugak yang culas tak datang, tak bagi kerjasama kat ahli group...ada buat kerja sambil lewa, copy pasta. Korang ingat akak ni budak baru belajar ke..obviously sangat copy paste. Ibu selalu ingatkan, "alang2 nak menipu saya, jangan sampai kantoi dan diketahui oleh saya, buruk padahnya..kalau kantoi, just surrender je mengaku jangan nak berdolak dalih". Kalau tak kantoi, itu urusan u all dengan YANG KAT ATAS SANA, korang menjawab la kat akhirat kelak.  Bila dengar ibu cakap lagu tu, diorang tersipu2 kemaluan sendiri. Sendiri mau ingat la yer...

Oral test tadi melibatkan pelajar antarabangsa. Ibu bagi karangan (amik dalam buku budak darjah 1) suruh diorang baca 1 perenggan. Dengar cara sebutan dan membina ayat. Macam-macam karenah dan gelagat diorang nih. Masing2 tak mau kalah dalam mendapat markah yang tinggi. Harap2 mereka dapat bercakap Bahasa melayu sedikit sebanyak. Ibu tak menaruh harapan yang terlalu tinggi mereka expert dalam berbahasa melayu..tetapi inisiatif mereka haruslah dipuji untuk mempelajari bahasa asing.

Esok ada kuiz kedua bagi pelajar local. Belum siap buat lagi ni.

Tup2 tadi dapat call dari mak yang bagitau dia datang ke KL. Ajak pergi makan kat rumah adik sebab dia ada masak gulai siput. Best nyerrr....

No comments: