Monday, January 02, 2012

Rezeki

Alhamdulillah...sebelum berlabuhnya tirai 2011, ibu mendapat email dari HR supaya datang mengambil offer letter. Itu bermakna ada berita baik.

Berdegup kencang jugak tak sabar nak mengetahui apa isi surat terbaru. Sebelum turun tu, ibu sempat call Kak Sue tanya tentang confirmation dia yang dah berakhir pada 31 Disember 2011. Dia masuk awal sebulan dari ibu, so probation ibu adalah pada 31 January 2012. Kiranya surat tawaran ni agak awal jugak ibu dapat.

Setelah membaca dan faham segala isi kontrak, ibu terus menurunkan tandatangan. Alhamdulillah, ibu dapat sambung ke jawatan tetap...dan juga ada sedikit increment. Bila dapat masuk ke jawatan tetap banyak lah lagi benefit yang ibu akan dapat. Rezeki anak-anak dari Allah.

Semoga ibu success di tempat baru ini dan terus menjadi pekerja yang cemerlang.

No comments: