Friday, January 27, 2012

Takut!


Ibu: Wafa, jom pegi bilik air, mandi.
Wafa: A' nak..akuttt.. (tak nak..takutt)
Ibu: Takut? Wafa takut apa?
Wafa: akut atashhh.. (takut atas)
Ibu: Ha? Takut atas? nape pulak? Wafa nampak apa?
Wafa: atasss...utup...abishhh.. (atas, tutup..habiss)
Ibu: Tutup? Habis? Ooooo...takde syiling kat atas. Wafa takut yea...

Itu lah dia anak daraku. Baru berumur 2 tahun 3 bulan tetapi dah tahu erti takut. Kalau takut lipas tu boleh la diterima jugak macam bapaknyer, tapi ini takut sesuatu yang tak terpikir dek akal pulak kami. Kalau Luqman dan Luthfil yang takut logik la sebab kadang2 budak berdua tu suka layan cerita hantu (walaupun tengoknya tak seberapa tapi tutup mata je lebih). Tapi ini si Wafa yang cakap dia takut tengok atas syiling bilik air tingkat bawah.

Last week ibu mintak hubby bukak syiling yang kena serang dengan kulat /fungus ekoran daripada air yang menitik dari atas. Lagipun lampu bilik air dah tak boleh di onkan sebab setiap kali di on akan menyebabkan black out satu rumah..risau kot ada apa2 yang berlaku. Dah mintak tukang repair datang tengokkkan tapi dia bizi memanjang.

So, bila syiling dan lampu dah dibuang, nampaklah isi perut kat atas tu. Ada kabel lampu yang tergantung jika diperhatikan macam tangan dan jari jemari terjuntai ke bawah. Kuat sungguh imiginasi anakku. Selalunya kalau suruh masuk bilik air, laju je menonong dia berlari sebab dapat main air. Kalau dah masuk bilik air tak mau keluar pulak. Sekarang kalau masuk sebab kena paksa dengan ibu dan dia tak mau dongak ke atas, kalau dah siap cepat2 dia nak keluar..huhu.

Sekarang ni ibu dan hubby selalu nyakat kalau dia nakal..

Jomm p bilik air, tukar pampers..
Aanakkkk....akutttt!

hahahaha...

No comments: