Tuesday, February 28, 2012

Kerapu 3 rasa & Tauhu sumbat

Badan sangat tak larat, tapi tetap berhati waja nak masak jugak semalam. Kami keluar ke pasar dah agak lewat, lepas ke pasar basah, ibu dan hubby terus ke Pasaraya Zemart di Mantin untuk beli pampers dan barang2 dapur. Balik ke rumah dah pukul 12 lebih, terus bersilat masuk ke dapur menyediakan makan tengahari. 
Merapu Kerapu 3 rasa
  RESEPI KERAPU 3 RASA:

2 ekor ikan kerapu sederhana besar
2 labu bawang besar - blend
2 ulas bawang putih -blend
1 inci halia -blend
4 sudu cili boh/kering - (boleh guna cili besar merah jugak+cili api)
1 batang serai (jika suka-tak letak pun takpe)
Sos cili
Sos tomato
Nenas yang dipotong kiub (beli yang dalam tin pun boleh)
2 biji tomato
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air asam jawa
Minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA:

1. Ikan yang sudah dibersihkan, dikelar dan dilumur garam & kunyit kemudian goreng (deep fry) - boleh lumur dengan tepung jagung kalau suka untuk rasa yang lebih rangup.
2. Tumis bahan2 yang diblend sehingga garing dan naik bau
3. Masukkan cili kering/boh dan kacau sehingga betul2 masak.
4. Masukkan sedikit gula, diikuti air asam jawa yang dilarutkan dalam air
5. Masukkan sos cili, tomato
6. Masukkan tomato yang dipotong 6
7. Masukkan garam
8. Apabila dah siap, tuangkan diatas ikan dan sedia untuk dihidang dan dingap!


TAUHU SUMBAT


Tauhu sumbat
 Nama ajer kawen ngan orang separa Jawa, tapi ibu bukan penggemar tauhu apatah lagi al tempe. Makanan/minuman yang berasakan kacang soya yang boleh masuk tekak ni hanyalah air tauhu dan isi tauhu (tau fu fa). Dulu tak suka jugak air soya, tapi memikirkan khasiatnya yang dikatakan elok untuk ibu2 mengandung, maka dipujuk tekak ni untuk menerimanya.

Sejarah bagaimana bermulanya kes tak suka sangat dengan en tauhu ni adalah sejak dari MRSM lagi. Tahu2 sahajalah, menjadi budak MARA ibarat heaven sangat la kalau cerita bab2 makan nih. Sangat mewah okey, 6 kali makan sehari maaaa...dah kira macam melantak jugak lah, nasib baik ai slim melim dulu..dulu laa..kehkehkeh.

Walaupun makan di asrama ketika itu sangat la sedap (sedap la jugak compare ngan sekolah harian biasa), tapi tiap kali melihat si encik tauhu ni dalam masakan, tekak akak nih rasa seloya semacam. apa taknya, rupa bentuk tauhu tu seakan2 selipar jepun je ibu tengok. Tak tahu lah tang mana yang seliparnya, tapi itulah yang terlekat di dalam kepala otak ni sehinggalah sekarang.

Hubby pulak memang suka sangat dengan tauhu sumbat. kadang2 dia beli, memang dia sorang je lah yang ngap dan ibu tak heran pun. Tup2 kali ini, ibu menjadi tersangatlah obses dengan tauhu sumbat. Kalau seketul tu tak cukup la, kalau beli seketul (separuh) dah 50 sen. hehehe..berkira tuh. Bukan susah pun nak buat dan bukan mahal pun tauhu tu. Kalau kat pasar baru 40 sen sebiji yang bersaiz besar, dipotong penjuru dah dapat 2 ketul, so ibu lebih puas hati kalau dapat buat sendiri..ha, ko sumbatlah sebanyak mana sayur mayur kat dalam tauhu tu, then sumbatlah banyak2 ke dalam mulut. Puas hati kan!

Kalau nak makan tauhu sumbat ni dengan sos cili biasa pun boleh gak. Tapi ibu suka buat sendiri. Dan pencicah ni juga boleh dimakan dengan keropok.

RESEPI TAUHU SUMBAT:

Tauhu - basuh, goreng sampai kekuningan, potong pepenjuru dan belah tengah
Untuk sayur - tauge, carrot dan timun yang disagat/potong halus ikut suka hati asalkan dapat sumbat dalam tauhu tu. Tauge tu takyah la nak disagat cik kak oi.


SOS PENCICAH (sesuai untuk semua jenis makanan laut, keropok, cokodok dll)

Segenggam cili kering - buang biji dan blend.
3 ulas bawang putih yang di ketuk
3 cawan air asam jawa (2 sudu besar asam jawa)
2 @ 3 keping manisan/ gula merah
Garam dan sedikit serbuk perasa

Masukkan ke dalam periuk.
Guna api perlahan, masak sampai mendidih dan menjadi 1/2
Masukkan 1 sudu sos cili untuk lebih pekat

No comments: